awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabel elektrik di Jambatan Pulau Pinang terbakar lagi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/02/2021
07:25 MYT
Kabel elektrik di Jambatan Pulau Pinang terbakar lagi
Kejadian berlaku di Kilometer 3.2 itu kira-kira jam 4.27 petang Isnin berlaku apabila terdapat kebakaran kabel elektrik di bawah jambatan tersebut. - Foto JBPM
GEORGE TOWN: Sebahagian kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.2 dekat Perai yang terbakar petang semalam dilaporkan terbakar buat kali kedua pada pagi Selasa.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Ketua Balai JBPM Perai, Timbalan Penguasa Bomba 11, Azrul Khairi Abu Bakar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.17 pagi tadi berhubung insiden terbabit.
“Sebaik panggilan diterima, jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Bandar Perda dan Paya Terubong bergegas ke lokasi bagi operasi memadamkan kebakaran," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kebakaran katanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.30 pagi.
Meskipun begitu, pasukan bomba masih membuat pemantauan di bawah jambatan berikutan kebimbangan kemungkinan masih ada bara api dan faktor angin yang mungkin menyebabkan kebakaran semula.
Foto JBPM
Foto JBPM
Menurutnya lagi, Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dan agensi-agensi lain turut membantu memadamkan kebakaran tersebut.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan.
BACA: Kabel elektrik bawah Jambatan Pulau Pinang terbakar
BACA: PLUS jamin Jambatan Pulau Pinang selamat digunakan
Foto JBPM
Foto JBPM
Kebakaran | Kabel elektrik punca kebakaran Jambatan Pulau Pinang
Pada Isnin, Astro AWANI melaporkan sebahagian kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang terbakar menyebabkan asap tebal sekali gus mengakibatkan kesesakan jalan raya di atas jambatan berkenaan.
Kejadian berlaku di Kilometer 3.2 itu kira-kira jam 4.27 petang itu berlaku apabila terdapat kebakaran kabel elektrik di bawah jambatan tersebut.
Foto JBPM
Foto JBPM
Topic Berkaitan
#JBPM
#bomba
#kebakaran
#Jambatan Pulau Pinang
#Jambatan Pulau Pinang terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan