awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2025
00:20 MYT
Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren. - Gambar fail/Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Kabel yang terjatuh selepas tersangkut pada palang sebuah lori kren hingga mengakibatkan kemalangan maut di Jalan Kulim, di sini bukan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.
"TNB merujuk satu rakaman kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah lori yang melanggar kabel di Pulau Pinang.
"TNB merakamkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa atas insiden yang mengakibatkan kemalangan jiwa seorang.
"Untuk makluman, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi di mana kabel tersebut bukan milik TNB," kata kenyataan itu.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilibas kabel yang tersangkut pada lori kren dalam kejadian di Jalan Kulim, di sini pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, penunggang motosikal yang datang dari arah Bukit Mertajam ke Kulim dikatakan tidak sempat mengelak kabel yang terjatuh selepas tersangkut pada palang kren.
Menurutnya, kabel tersebut terkena pada leher mangsa dan mengakibatkan motosikal yang ditungganginya terbabas.
Mangsa berusia 40-an itu mengalami cedera parah di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lori
#kabel telekomunikasi
#lori langgar kabel telekomunikasi
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan