KUALA LUMPUR: Seramai 16 menteri serta timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia sekali gus mewakili 23 peratus daripada jumlah keseluruhan pengumuman senarai kabinet yang diumumkan Ismail Sabri pada Jumaat.
Seramai 10 pemimpin kekal dengan portfolio sama semasa pemerintahan terdahulu dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dan Datuk Hanifah Hajar Taib.
Manakala berlaku perubahan empat portfolio termasuk Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dahulunya merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Perubahan portfolio turut melibatkan Datuk Arthur Joseph Kurup yang dahulunya merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) kepada Timbalan Menteri Kerja Raya.
Manakala dua wajah baharu turut diumumkan melibatkan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.
BACA: Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob
BACA: Kabinet baharu: PM beri 100 hari buktikan pencapaian awal
Berikut merupakan senarai penuh melibatkan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang dipilih untuk menyertai kabinet Persekutuan;
1) Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kanan Kerja Raya)
2) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
3) Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
4) Datuk Seri Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
5) Datuk Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
6) Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan)
7) Yamani Hafez Musa (Timbalan Menteri Kewangan II)
8) Datuk Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri Kerja Raya)
9) Datuk Mohamad Alamin (Timbalan Menteri Pendidikan II)
10) Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
11) Datuk Henry Sum Agong (Timbalan Menteri Pengangkutan)
12) Datuk Ali Biju (Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli)
13) Jonathan Yassin (Timbalan Menteri Dalam Negeri II)
14) Datuk Aaron Ago Dagang (Timbalan Menteri Kesihatan II)
15) Datuk Hasbi Habibollah (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II)
16) Willie Mongin (Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II)
Syafik Shukri Jalil
Fri Aug 27 2021
Dua wajah baharu turut diumumkan melibatkan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.FOTO: BERNAMA
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet
Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.
Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah
Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo, kata Fadillah.
Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak
16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Pertemuan tersebut atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.
Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA
Pembentukan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengenepikan ego berikutan kedudukannya yang masih mempunyai majoriti tipis.
Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang
Kabinet baharu disifatkan sebagai sebuah Kabinet yang agak besar.
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.