awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet Baharu Kerajaan Perpaduan: Lima Menteri, lima Timbalan Menteri selesai angkat sumpah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/12/2023
07:22 MYT
Kabinet Baharu Kerajaan Perpaduan: Lima Menteri, lima Timbalan Menteri selesai angkat sumpah
istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu bermula pada jam 3 petang sehingga 3.30 petang. - Foto Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Kesemua lima menteri baharu Persekutuan selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada jam 3 petang, Selasa.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Turut mengangkat sumpah ialah M Kulasegaran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Datuk Seri Noraini Ahmad (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Ramanan Ramakrishnan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan); serta Senator Dr Zulkifli Hasan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu bermula pada jam 3 petang sehingga 3.30 petang.
BACA: Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
BACA: Rombakan Kabinet: Gobind Singh Deo kembali ke Kabinet Persekutuan
BACA: Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
5 Menteri baharu, 4 Kementerian baharu diwujudkan
Awal hari ini,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rombakan Kabinet bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
Jelasnya lagi, ia dilakukan kerana setiap perubahan daripada segi perkembangan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup, harus ditangani dengan baik.
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan
#Anwar Ibrahim
#Menteri Kewangan II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan