awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet lulus SOP berkaitan REE - Nik Nazmi

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2023
15:47 MYT
Kabinet lulus SOP berkaitan REE - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya sedang menunggu dasar itu bagi membolehkan kerajaan negeri menggunakan REE itu dengan sebaik mungkin. - Foto UEM
KUALA LUMPUR: Kabinet meluluskan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Dasar Mineral termasuk unsur nadir bumi (REE) bagi memastikan pengeksploitasian hasil mineral itu dibuat secara lestari dan mampan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau memberitahu, ketika ini pihaknya sedang menunggu dasar itu bagi membolehkan kerajaan negeri menggunakan REE itu dengan sebaik mungkin.
"Jawatankuasa berkaitan mineral di bawah Majlis Mineral Negara akan diadakan pada 2 Oktorber ini, di mana saya akan pengerusikan dan dianggotai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkaitan mineral dan galian dan menteri-menteri Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Pelancaran Sasaran Sifar Bersih UEM Edgenta bersempena Bulan Kelestarian (ESG Awareness Month) 2023 di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Nazmi memberitahu, penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk menyiapkan Dasar Mineral Negara termasuk isu REE dengan berfokus kepada dua objektif.
"Pertama, memastikan sebanyak mungkin daripada nilai tambah itu dapat diadakan di negara kita, sebab itu ada larangan eksport terhadap bahan mentah daripada REE.
"Kedua ia dapat dilaksanakan dengan keadaan mesra alam sekitar dan seiring dengan komitmen kita dengan pemuliharan hutan.
"Kita mahu pastikan keadah-kaedah yang digunakan tidak meninggalkan kesan negatif kepada alam sekitar dan komuniti sekeliling," jelasnya.
Topic Berkaitan
#kabinet
#nadir bumi
#REE
#Majlis Mineral Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan