awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet luluskan struktur tambang bas Rapid Transit di Lembang Klang

Bernama
Bernama
01/08/2015
23:54 MYT
Kabinet luluskan struktur tambang bas Rapid Transit di Lembang Klang
Kabinet juga mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya.- Gambar Fail
Kabinet telah meluluskan struktur tambang Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Julai lepas.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata struktur tambang itu terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama.
"RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6km hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12km hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18km hingga 24km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut struktur berkenaan menghadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT dan dengan itu pihak pengendali tidak dibenarkan mengenakan tambang melebihi kadar yang telah ditetapkan itu.
Kabinet juga mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya, menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Rapid KL
#rapid transit
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan