Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan yang dibuat pada 18 Disember lalu itu bagi memberi ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat.
"Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.
"Ia termasuk memberi ruang untuk proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan," kata beliau dalam kenyataan pada Isnin.
Jelas kenyataan itu lagi, sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.
Kerajaan pada 7 Oktober lalu telah mengumumkan pelaksanaan PSP bermula Januari 2020 seiring manifesto Pakatan Harapan.
Sejumlah RM2.4 bilion diperuntukkan Kerajaan bagi pelaksanaan PSP menerusi Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat seramai lapan juta orang daripada kelompok B40 dan M40.
Astro Awani
Mon Dec 30 2019
Keputusan yang dibuat pada 18 Disember lalu adalah bagi memberi ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Kurangkan masa tempoh pengambilan, pengurusan pekerja asing dijajar semula
Pengurusan pekerja asing antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dijajarkan semula dalam usaha mengurangkan tempoh masa pengambilan pekerja asing.
Kongres PKR ditunda 16, 17 Julai - Saifuddin
Keputusan dibuat selepas meneliti beberapa dapatan dan syor berhubung proses aduan terutama bagi Pemilihan Keadilan 2022.
Topeng muka: KPDNHEP keluar kompaun RM67,400 kesan 19 kesalahan
KPDNHEp mengesan 19 kesalahan selepas menjalankan pemantauan ke atas 2,453 premis perniagaan berhubung penjualan topeng muka dengan nilai kompaun dan rampasan masing-masing RM67,400 dan RM4,343.50.
Kabinet putuskan Program Subsidi Petrol tidak diteruskan buat masa ini
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata keputusan yang dibuat pada 18 Disember itu adalah bagi memberi ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat.
CRS: KPDNHEP akan pantau penjualan atas talian agar ikut piawaian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau dengan teliti penjualan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang meluas secara dalam talian ketika ini.
Harga siling RON95 mungkin dihapuskan - Saifuddin Nasution
Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan akan memutuskan sama ada harga siling itu akan dikekalkan atau tidak.
Saifuddin Nasution mahu jumpa Nurul Izzah
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhasrat bertemu dengan Nurul Izzah Anwar secara peribadi berkenaan kenyataan kritikal beliau.
Sekian lama menyepi, kini Kempen Beli Barangan Malaysia kembali
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata peruntukan itu akan digunakan bagi menyediakan platform kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan tempatan.