Kabinet baru-baru ini secara dasar bersetuju dengan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.
Beliau berkata mesyuarat pertama mengenai majlis berkenaan dijangka akan diadakan minggu hadapan, dipengerusikan oleh beliau sendiri, dengan disertai bersama lapan individu yang mewakili media, dan ia akan membincangkan aspek mengenai kerangka penubuhannya.
"Penubuhan MMC ini bertepatan masanya, bagi memastikan masa depan dan kebajikan pengamal media dalam negara lebih terjamin.
"Saya percaya dengan penubuhan MMC ini banyak perkara berkaitan dengan masalah pengamal media akan dapat diatasi dari semasa ke semasa," katanya, di sini, pada Ahad.
Bercakap kepada pemberita selepas menutup Pesta Bola Ngoca 2019 di Empang Bangkung, Juasseh, di sini, Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata keanggotaan majlis berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Majlis Media Malaysia adalah sebuah badan kawal selia kendiri yang boleh meletakkan standard yang tinggi bagi komuniti media untuk membantu membina dan mengekalkan kepercayaan rakyat kepada industri berkenaan dan bertindak sebagai sebuah badan timbang tara antara rakyat dan pihak media demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
Terdahulu pada program berkenaan, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan muncul juara pertandingan bola sepak sawah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, manakala Veteran DBKL, Kuala Lumpur, naib johan dan meraih RM7,000 serta Baling FC, Kedah ditempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM5,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 15 2019
EDDIN SYAZLEE: Penubuhan MMC ini bertepatan masanya, bagi memastikan masa depan dan kebajikan pengamal media dalam negara lebih terjamin. -Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Allahyarham Eddin Syazlee hidap barah sejak April lepas - Isteri
Beliau berkata Allahyarham menghidap barah sejak April lepas dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan terakhir di Hospital Pakar KPJ Seremban.
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith meninggal dunia
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith meninggal dunia pada 7.10 pagi tadi pada usia 50 tahun.
Eddin Syazlee dilantik Penasihat PN Negeri Sembilan
Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat PN negeri yang diadakan kali pertama tahun ini baru-baru ini.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah disenaraikan calon PN di Negeri Sembilan
Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan Eddin Syazlee akan dipertaruhkan untuk merebut kerusi DUN Juaseh.
Hanya pertukaran biasa, tiada isu - Eddin Syazlee
Menurutnya, tumpuannya kini adalah gerak kerja parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.
Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan
Menurut Nazree, kepimpinan PN Negeri Sembilan dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika dalam mesyuarat lewat petang Rabu.
Video tular tertidur dalam majlis, Timbalan Menteri mohon maaf
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith memohon maaf kerana tertidur pada satu majlis yang dihadirinya pada Sabtu.
PRU15: Eddin Syazlee mahu pertahan kerusi Parlimen Kuala Pilah
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith hari ini, menyuarakan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
KKR belum berhasrat jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing
Fokus kerajaan ketika ini adalah terhadap proses pemberian vaksin secara percuma kepada rakyat dan warga asing dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.
KKR sasar 80 peratus projek swasta capai skor IBS 70 menjelang 2025
Timbalan Menterinya Datuk Eddin Shazlee Shith berkata ia selaras dengan usaha KKR untuk menerapkan teknologi dalam proses kerja, standadisasi dan mekanisme termasuk budaya perniagaan.