PENOLONG Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Victor Andrag, mengakui skuad Sang Kenari gagal menterjemah permainan terbaik dalam kekalahan mengejut 1-0 ke atas PDRM FC dalam aksi Liga Super, malam tadi.
PDRM melakar kejutan apabila merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Layangan kad merah ke atas Manuel Ott dan ketua jurulatih, Nafuzi Zain, memberikan impak kepada Kedah sebelum akur dengan kekalahan apabila PDRM memperoleh kemenangan pertama musim 2023 hasil jaringan yang disempurnakan oleh Bruno Suzuki.
Selepas tamat perlawanan, Victor, menjelaskan Kedah terlalu inginkan kemenangan di laman sendiri sehingga gagal menghadirkan permainan terbaik.
"Tahniah kepada PDRM kerana menghadirkan permainan yang terbaik sekaligus mendapatkan kemenangan dalam perlawanan ini," katanya.
"Ya, kami mengakui gagal bermain dengan seperti apa yang telah dirancangkan dan ia menjadi punca kegagalan kami mendapatkan mata di sini.
"Dalam perlawanan ini, kehilangan individu dalam pasukan ekoran layangan kad merah, ia memberikan impak kepada pasukan. Bermula dengan pemain kemudian ketua jurulatih pula dilayangkan kad merah. Saya berharap kami akan bangkit dalam perlawanan akan datang.
"Kami mengakui Kedah berusaha mendapatkan jaringan dalam perlawanan ini, beraksi di laman sendiri kami mahukan mata penuh namun fokus pasukan terjejas dengan beberapa insiden dalam perlawanan.
Jurulatih PDRM, Azzmi Aziz, mahukan dirinya dan pasukan menikmati kemenangan pertama yang diperoleh ke atas Kedah, sekaligus mahu ia dijadikan sebagai penyuntik semangat untuk menempuhi saingan Liga Malaysia musim ini.
"Kami bersyukur atas kemenangan pertama selepas tiga perlawanan dan jaringan Bruno Suzuki merupakan yang pertama buat pasukan buat musim ini," kata Azzmi.
"Kedah menghadirkan permainan yang berkualiti sepanjang permainan. Saya sangat gembira dengan separuh masa pertama dengan berjaya terikat tanpa jaringan.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kemenangan kami ini seperti satu tuah sebaliknya mahu menikmati kemenangan yang telah diperoleh pasukan dan membuat persiapan bagi saingan seterusnya." - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Mar 04 2023
Pemain pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC Manuel Gelito Ott diasak pemain pasukan PDRM FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Darul Aman. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.