awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah

Kad prabayar: 31 Okt tarikh akhir telco kembali kepada harga asal sebelum GST

Bernama
Bernama
19/10/2015
12:36 MYT
Kad prabayar: 31 Okt tarikh akhir telco kembali kepada harga asal sebelum GST
JOHARI: Kerajaan juga tidak akan menerima alasan daripada pihak telco bahawa sistem komputer mereka belum bersedia berikutan tempoh yang lama telah diberikan sejak pelaksanaan GST. -Gambar fail
Syarikat telekomunikasi (telco) diberi tempoh sehingga 31 Okt ini untuk memastikan harga kad prabayar untuk penggunaan telefon mudah alih kembali seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan telco yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya jika mereka masih berdegil.
"Telco perlu menyesuaikan sistem mereka sendiri jika mereka mahu mengenakan GST, cari cara yang sesuai, caj berdasarkan penggunaan dan bukan semasa pembelian tambah nilai kerana cara begini tidak memudahkan pelanggan.
"Saya menjangka mereka dapat memenuhi janji ini sebab kita telah memberi banyak masa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Katanya kerajaan juga tidak akan menerima alasan daripada pihak telco bahawa sistem komputer mereka belum bersedia berikutan tempoh yang lama telah diberikan sejak pelaksanaan GST pada 1 April lepas.
Semalam, Johari berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon kembali seperti asal pada 1 November ini.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan antara JKDM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memastikan pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kad prabayar.
Topic Berkaitan
#GST
#JOHARI ABDUL GHANI
#syarikat telekomunikasi
#telco
#telefon mudah alih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.