KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM35.45 bilion daripada RM36.67 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM30.53 bilion daripada RM32.33 bilion sebelum itu.
Terdahulu, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan komoditi murabahah bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional bagi RM35.40 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM30.50 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 18 Disember.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard. - Gambar fail
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Operasi BNM bantu kadar jangka pendek kekal stabil
Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi BNM untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil hari ini
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.08 bilion dan RM29.20 bilion dalam dana Islam.
Kadar jangka pendek diunjur stabil hari ini dengan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.75 bilion dan sebanyak RM25.39 bilion dalam dana Islam.
Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM
Pada 30 Mac 2023, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah pada 2.72 peratus.
Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil hari ini
Mudah tunai dianggarkan RM37.28 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.73 bilion dalam dana Islam.
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM38.77 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.78 bilion dalam dana Islam.
Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.56 bilion dalam dana Islam.
Operasi BNM serap lebihan mudah tunai bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil
Mudah tunai dianggarkan RM36.53 bilion dalam sistem konvensional dan RM35.01 bilion dalam dana Islam.
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM47.27 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.41 bilion dalam dana Islam.