awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

Bernama
Bernama
12/10/2022
03:32 MYT
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM
BNM juga melaksanakan tender Program Komoditi Murabahah (CMP) RM100 juta bagi 30 hari dan tender repo berbalik RM200 juta untuk 33 hari. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM47.27 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.41 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM2 bilion bagi tujuh hari dan dua tender RM1 bilion, setiap satu untuk 14 hari dan 33 hari.
BNM juga melaksanakan tender Program Komoditi Murabahah (CMP) RM100 juta bagi 30 hari dan tender repo berbalik RM200 juta untuk 33 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM42.5 bilion dan tender semalaman Murabahah RM27.3 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#kadar jangka pendek
#sistem kewangan
#sistem konvensional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan