KUALA LUMPUR: Sejumlah 84.3 peratus atau 6.96 juta pengguna kategori perumahan di Semenanjung tidak terjejas dan masih tidak dikenakan cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus berkuat kuasa mulai 1 Mac.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan berkata, cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600 kilowatt jam (kWj) bagi perkhidmatan elektrik.
Jelas kementerian berkenaan, sekitar 15.7 peratus atau 1.29 juta pengguna kategori perumahan yang menggunakan elektrik melebihi 600kWj.
Berdasarkan jumlah berkenaan, PETRA menambah pengguna kategori perumahan terbabit akan mengalami kenaikan bil bulanan antara 0.01 sen hingga RM45.48 sebulan atau kosong peratus hingga 1.66 peratus sebulan.
"Subsidi yang dilaksanakan secara bersasar ini merupakan antara pendekatan Kerajaan dalam memastikan subsidi diberikan kepada rakyat yang memerlukan.
"Pengguna disaran untuk merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan," kata kementerian itu pada Khamis.
Mengulas lanjut, PETRA berkata pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang dapat dicapai melalui laman sesawang myelectricitybill.my.
Selain itu, kementerian tersebut turut menggalakkan para pengguna mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah melalui penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga.
"Beberapa langkah untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, antaranya melaksanakan audit penggunaan tenaga dengan cara memantau dan menganalisa penggunaan tenaga elektrik serta mengenal pasti peralatan, proses dan sistem yang boleh ditambah baik.
"Membeli atau menggantikan peralatan elektrik di rumah dengan menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai penarafan lima atau empat bintang supaya ia dapat memberi lebih banyak penjimatan tenaga elektrik, serta melaksanakan penyelenggaraan secara berkala mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Memastikan suis ditutup apabila tidak digunakan bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik," kata PETRA.
Menurut Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024 yang telah diwartakan pada 23 Februari 2024, semua perkhidmatan bercukai yang disenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar lapan peratus.
Begitu pun, cukai perkhidmatan juga tidak akan dikenakan kepada perkhidmatan air dirawat.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 29 2024
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan berkata, cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600kWj bagi perkhidmatan elektrik - Gambar hiasan/Unsplash
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Kadar elektrik: 6.96 juta pengguna kategori perumahan tidak dikenakan kenaikan SST
84.3 peratus atau 6.96 juta pengguna kategori perumahan di Semenanjung tidak terjejas dan masih tidak dikenakan cukai perkhidmatan atau SST.