KUALA LUMPUR: Kadar inflasi negara berpotensi melonjak lebih 10 peratus sekiranya bantuan subsidi tidak diberikan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan dijangka membelanjakan RM64 bilion tahun ini demi memastikan rakyat dapat terus menikmati subsidi barangan asas seperti beras, gula, petrol, serta tarif elektrik.
Menurutnya, rakyat terutamanya golongan B40 akan berdepan kesukaran untuk membeli barangan keperluan asas tersebut jika inflasi tidak dibendung.
Beliau memberitahu, kerajaan memahami keresahan rakyat yang terbeban melunaskan ansuran bulanan yang semakin meningkat berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), baru-baru ini.
"Oleh itu, melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan baru-baru ini, jelas dilihat misi utama Kerajaan Perpaduan ialah usaha membantu menangani beban kos sara hidup yang semakin menghimpit," katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta kerajaan menyatakan apa tindakan segera bagi membantu mengurangkan beban rakyat terkesan dengan kenaikan mendadak OPR.
Selain subsidi, Anwar memberitahu, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan sosial, termasuk bantuan tunai kepada kumpulan sasar bagi mengurangkan kos sara hidup tinggi.
Beliau berkata, kerajaan sudah menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 secara berperingkat kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion mulai 17 Januari lalu.
Malah, katanya lagi, STR akan diteruskan dengan beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan mendapat manfaat.
"Ia dijangka dapat membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima, dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
"Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40, tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara ini.
"Kekal dengan hasrat membantu meringankan beban rakyat, kerajaan juga memperuntukkan RM100 juta bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, membabitkan 222 kawasan Parlimen," katanya.
Selain itu, pelbagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan dengan peruntukan hampir RM40 bilion bagi manfaat perusahaan mikro, kecil dan sederhana, disediakan dalam usaha membantu kumpulan berkenaan untuk kembali bangkit serta berdaya saing selepas terkesan dengan pandemik COVID-19 dan cabaran ekonomi semasa.
Mengulas mengenai kenaikan OPR pula, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak menafikan peningkatan secara kumulatif sebanyak 100 mata asas daripada 1.75 peratus kepada 2.75 peratus pada tahun lalu, memberi kesan terhadap peminjam dan peniaga yang mempunyai pinjaman berkadar terapung, berikutan peningkatan ansuran bulanan yang dihadapi mereka.
"Namun, tidak semua peminjam terjejas akibat kenaikan OPR, kerana hanya peminjam yang mempunyai pinjaman jenis berkadar terapung yang terkesan dengan kenaikan OPR terbabit.
"Setakat Disember 2022, separuh daripada jumlah akaun pinjaman dalam sektor isi rumah, iaitu 50.3 peratus adalah pinjaman jenis berkadar tetap.
"Bagi peminjam berpendapatan rendah kurang RM5,000 sebulan, termasuk golongan B40, dianggarkan sebanyak 54.8 peratus daripada jumlah akaun pinjaman adalah berasaskan kadar tetap," katanya.
Beliau berkata, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) memahami keresahan rakyat yang terbeban untuk melunaskan ansuran bulanan yang semakin meningkat.
Justeru, katanya, BNM bersedia meringankan beban peminjam yang terkesan dan menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran balik pinjaman akibat kenaikan OPR, dengan menggalakkan mereka menghubungi institusi kewangan masing-masing bagi mendapatkan sokongan diperlukan.
Astro Awani
Wed Mar 01 2023
Anwar Ibrahim berkata kerajaan dijangka membelanjakan RM64 bilion tahun ini demi memastikan rakyat dapat terus menikmati subsidi barangan asas seperti beras, gula, petrol, serta tarif elektrik. - Foto fail/BERNAMA
Ranking FIFA: Harimau Malaya lonjak kedudukan terkini, pintas Indonesia
Skuad Harimau Malaya mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan.
TH berjaya kutip dana lebih RM1 juta
Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mengutip dana berjumlah lebih RM1 juta, hasil sumbangan jemaah haji dan pendepositnya melalui Program Santunan Kasih Baitullah sejak Januari hingga Mei 2024 untuk tujuan memenuhi keperluan kebajikan jemaah haji di Tanah Suci.
Penggemar 'street food' disaran waspada kebersihan makanan
Dalam pada itu, pengguna yang gemar membeli makanan 'street food' atau penjaja di pinggir jalan turut diingatkan untuk tidak alpa dengan memastikan kebersihan makanan yang dibeli berada pada tahap yang baik.
Menurut Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, Ts Mohd Soffian Osman makanan adalah satu-satunya benda asing yang dimasukkan ke dalam tubuh badan, yang memberi ruang untuk manusia membuat pilihan berdasarkan penilaian sendiri.
Menurut Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, Ts Mohd Soffian Osman makanan adalah satu-satunya benda asing yang dimasukkan ke dalam tubuh badan, yang memberi ruang untuk manusia membuat pilihan berdasarkan penilaian sendiri.
[TERKINI] Reman ibu bapa Zayn Rayyan sambung enam hari
Reman terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung selama enam hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat.
Bekalan Air di tujuh daerah pulih sepenuhnya
Bekalan air di kesemua kawasan terjejas di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat).
Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi SPA baharu
Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ahmad Jailani Muhamed Yunus sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang baharu.
Pengusaha makanan dari rumah disaran jaga kebersihan
Pengusaha makanan yang beroperasi dari rumah diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan bagi tujuan jualan.
Menurut Pengarah - Bahagian Dasar, Perancangan Strategik & Standard Codex, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Ts. Zailina binti Abdul Majid, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk disenaraikan dibawah penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah (home-based food).
Menurut Pengarah - Bahagian Dasar, Perancangan Strategik & Standard Codex, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Ts. Zailina binti Abdul Majid, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk disenaraikan dibawah penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah (home-based food).
Arab Saudi umum 15 Jun Hari Wukuf di Arafah
Arab Saudi mengumumkan Hari Wukuf di Arafah, yang menandakan kemuncak ibadah haji, adalah pada Sabtu, 15 Jun ini.
Tiga dewan bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah beroperasi sepenuhnya sejak 5 Jun
Tiga dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah di Serdang telah beroperasi sepenuhnya sejak dua hari lepas.
Kami tidak akan guna karya pelanggan untuk latih AI - Adobe
Perubahan TOS untuk Adobe Creative Cloud tular, menimbulkan kemarahan pengguna perisian kreatif mereka seperti Photoshop dan Illustrator.
PM Anwar mahu bank digital bantu tingkatkan transaksi e-pembayaran
Beliau berkata terdapat peningkatan transaksi e-pembayaran sejak 2011 namun angkanya dilihat masih rendah.
PM Anwar sambut baik perubahan pendirian AS dalam konflik Israel-Palestin
Perdana Menteri menyatakan penghargaan Malaysia terhadap tanda-tanda awal perubahan dalam pendekatan Amerika Syarikat terhadap pendudukan Israel di Palestin.
Malaysia kekal bebas, sentiasa amal prinsip tidak berpihak - PM Anwar
Malaysia adalah sebuah negara bebas, dan enggan mengikut sahaja mana-mana pandangan kuasa besar dunia.
PM Anwar ragu sistem antarabangsa untuk capai keamanan
Malaysia akan sentiasa komited terhadap pematuhan undang-undang antarabangsa, sambil menolak sikap segelintir negara yang mengabaikan keamanan, kemajuan dan semangat bersatu padu di dunia ini.
Gencatan senjata: AS perlu bersikap lebih tegas terhadap Israel - PM
Tegas Anwar, usaha tersebut penting untuk menghentikan pencerobohan berterusan dan penjajahan ke atas wilayah Palestin.
PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India
Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang mencatatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas.
Anwar utus salam takziah kepada keluarga Pyanhabib
Anwar turut mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
ISWC 2024: Merungkai cabaran penuaan dan penambahbaikan sistem persaraan
Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) tahun ini, memfokuskan isu fenomena penuaan penduduk termasuk penambahbaikan ke atas sistem pencen dan persaraan negara.
Kelantan ucap terima kasih, hargai pemberian geran tahunan Kerajaan Persekutuan - MB
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri atas pemberian pelbagai geran tahunan.
PM mahu tumpuan diberi kepada ekonomi perak, ini perkara anda perlu tahu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kerajaan akan memberikan tumpuan kepada ekonomi perak (silver economy) dalam menghadapi populasi lanjut usia yang semakin meningkat.