awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar pengangguran Malaysia kembali ke paras prapandemik pada November 2023

Bernama
Bernama
10/01/2024
15:51 MYT
Kadar pengangguran Malaysia kembali ke paras prapandemik pada November 2023
Mohd Uzir berkata mereka yang aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif, merangkumi 79.9 peratus daripada jumlah penganggur, berkurangan 0.6 peratus kepada 454,500 individu. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia pada November 2023 telah kembali pada paras prapandemik iaitu 3.3 peratus dengan 569,200 penganggur, berbanding 3.4 peratus dicatatkan pada Oktober, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah yang ditunjukkan pada November itu, mengisyaratkan pertumbuhan ekonomi yang positif, dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja dan pengangguran yang menurun.
"Bilangan tenaga kerja pada November 2023 meningkat 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17 juta orang daripada 16.97 juta orang pada Oktober," katanya dalam kenyataan dikeluarkan DOSM.
Jumlah penduduk yang bekerja pada November meningkat 0.2 peratus, berjumlah 16.43 juta orang berbanding 16.40 juta pata Oktober. Pada masa sama, jumlah individu penganggur menurun 0.3 peratus kepada 569,200.
Mohd Uzir berkata daripada bilangan mereka yang bekerja, 75.3 peratus berada dalam kategori pekerja yang menunjukkan peningkatan 0.1 peratus kepada 12.37 juta individu. Mereka yang dalam kategori bekerja sendiri juga meningkat 0.3 peratus kepada 2.99 juta.
Pekerjaan dalam sektor perkhidmatan terutamanya informasi dan komunikasi, perkhidmatan makanan dan minuman, dan pengangkutan dan penyimpanan, menyaksikan peningkatan.
Sektor pembuatan, pembinaan, serta perlombongan dan pengkuarian juga melaporkan peningkatan dalam bilangan mereka yang bekerja pada November 2023, manakala sektor pertanian merekodkan penurunan.
Mohd Uzir berkata mereka yang aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif, merangkumi 79.9 peratus daripada jumlah penganggur, berkurangan 0.6 peratus kepada 454,500 individu.
"Bagi individu penganggur aktif, 61.8 peratus menganggur kurang daripada tiga bulan, dan 6.3 peratus berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun," katanya.
Mohd Uzir berkata walaupun berdepan dengan cabaran global, struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai dan asas yang kukuh telah menyokong pertumbuhan ekonomi yang stabil, terutamanya dalam aktiviti pelancongan.
Mengenai banjir 2023, beliau berkata walaupun ia memberikan kesan kepada beberapa negeri di Malaysia, situasi ini tidak memberikan kesan signifikan kepada keseluruhan pasaran kerja, kerana ia dilihat hanya memberikan kesan kepada kawasan tempatan.
Pasaran buruh negara dijangka kekal teguh dalam beberapa bulan akan datang, sejajar dengan prestasi ekonomi negara yang semakin meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar pengangguran
#DoSM
#pertumbuhan ekonomi
#kawasan tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan