ALOR GAJAH: Kadar pengangguran negara terus menunjukkan trend penurunan apabila mencatat 3.5 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 3.6 peratus pada suku tahun keempat 2022, kata Menteri Sumber Manusia (KSM) V. Sivakumar.
Katanya ia berikutan berlakunya perubahan dalam trend pencarian kerja yang ketara terutama melibatkan golongan muda sejak kebelakangan ini dan dalam masa yang sama, pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu golongan pencari kerja berumur 40 tahun ke atas.
"Memang ada trend perubahan dalam pencarian terutama selepas COVID-19 kerana ramai yang dihentikan kerja dan selepas itu, mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Jadi ada perubahan trend di situ," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah MADANI Bersama Menteri Sumber Manusia di Pulau Sebang di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya, data daripada Portal MYFutureJobs menunjukkan sebanyak 455,350 pencari kerja di seluruh negara telah berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor dari tempoh 2022 hingga September 2023.
"Ini adalah petunjuk yang baik bahawa lebih ramai orang mula bekerja dan kadar pengangguran semakin berkurangan dan dalam masa yang sama, mereka mendapat upah atau gaji yang setimpal," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata KSM dengan agensi lain termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melakukan lebih banyak usaha untuk memastikan kadar pengangguran dalam kalangan anak muda dikurangkan.
Katanya program yang dirangka bukan saja untuk mengurangkan kadar pengangguran malahan memastikan belia negara mempunyai latihan dan kemahiran mencukupi agar mereka bersedia memasuki pasaran pekerjaan yang sangat kompetitif.
"Kita juga sentiasa melihat perkembangan dan trend di seluruh dunia untuk mengenal pasti potensi pekerjaan pada masa hadapan yang kini amat jelas menunjukkan permintaan tinggi dalam bidang tertentu seperti keselamatan siber dan pendigitalan," katanya.
Dalam masa yang sama, katanya KSM juga sedang melipatgandakan usaha menggalakkan majikan dalam pelbagai sektor supaya mengambil 100 pekerja tempatan agar mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Menurut Sivakumar data daripada Portal MYFutureJobs menunjukkan sebanyak 455,350 pencari kerja di seluruh negara telah berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor dari tempoh 2022 hingga September 2023. - Gambar fail/Bernama
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Bilangan penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus pada Oktober - DOSM
Bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.72 juta orang pada Oktober lepas daripada 16.69 juta orang direkodkan pada September.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kadar pengangguran turun kepada 3.2 peratus pada Ogos - DOSM
Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh DOSM merekodkan kadar pengangguran pada 3.3 peratus.
Pengangguran terus menurun pada suku kedua 2024
Pengangguran terus menurun pada suku tahun kedua 2024 (ST2) sejajar peningkatan permintaan terhadap buruh dalam sektor ekonomi, menurut Sorotan Pasaran Buruh ST2 2024 yang dikeluarkan hari ini.
Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada suku kedua tahun ini mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 1.1 peratus kepada 17.15 juta orang berbanding 16.96 juta orang pada suku pertama tahun ini.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7080/7100 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7180/7210 pada Rabu.
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Jumlah penganggur dalam negara menurun 565,000 pada April
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun tidak berubah iaitu pada 10.6 peratus atau 305.9 ribu penganggur pada April 2024.
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.