awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus

Bernama
Bernama
20/10/2021
03:39 MYT
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru dan Muar kini telah meningkat dengan purata 70 hingga 80 peratus susulan kebenaran rentas negeri pada 11 Okt lepas. -Gambar hiasan/Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Kadar penginapan hotel di Johor Bahru dan Muar kini telah meningkat dengan purata 70 hingga 80 peratus susulan kebenaran rentas negeri pada 11 Okt lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Katanya, setelah sekian lama industri pelancongan menyepi, kini bot-bot di Jeti Mersing juga kembali sibuk.
"Ramai yang mengambil peluang untuk melancong ke Johor setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum kebenaran merentas negeri di seluruh Malaysia pada 11 Okt lepas.
"Kini saya dimaklumkan bahawa pakej-pakej bagi aktiviti 'island hopping' di daerah Mersing juga hampir penuh hingga pertengahan bulan 11," katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau, di sini hari ini.
Beliau berkata, taman tema Legoland juga telah menyaksikan peningkatan pengunjung domestik, berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.
"Terima kasih warga Malaysia kerana menjadikan Johor sebagai destinasi percutian anda. Insya-Allah Johor akan sentiasa dibuka untuk menjadi destinasi yang selamat untuk anda dan keluarga anda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muar
#kadar penginapan hotel
#Johor Bahru
#rentas negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan