LUMUT: Kadar penginapan hotel di Pulau Pangkor menunjukkan peningkatan hingga 78 peratus, sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan pada 11 Okt lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata dalam tempoh itu, seramai 9,888 pelancong direkodkan telah memasuki Pulau Pangkor.
"Sejak pembukaan pelancongan domestik dalam negeri pada bulan lepas, seramai 6,430 pelancong direkodkan datang ke Pulau Pangkor sepanjang Ogos manakala bulan lepas pula seramai 12,879 pelancong.
"Ini satu petanda baik dan keyakinan bahawa industri pelancongan Pulau Pangkor telah mula menerima bilangan pelancong dan dapat membantu ke arah pemulihan industri tesebut," katanya kepada pemberita selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Jeti Penumpang Lumut di sini hari ini.
Nolee Ashilin berkata pihaknya sentiasa memantau keperluan perkhidmatan feri dan bersedia menambah perjalanan sedia ada namun perlu bergantung pada faktor kesediaan operator di pulau bebas cukai itu dalam menerima peningkatan jumlah pelancong.
Beliau berkata beberapa kemudahan turut diberikan kepada pelancong termasuk aktiviti rekreasi dibenarkan hingga 12 tengah malam manakala pelancong boleh membeli barangan bebas cukai selepas berada di pulau tersebut lebih dari 24 jam berbanding 48 jam sebelum ini.
"Setakat ini sebanyak 25 daripada 47 hotel di Pulau Pangkor telah beroperasi ketika ini dan selebihnya akan membuka operasi mereka secara berperingkat," katanya.
Sementara itu, Nolee Ashilin berkata berdasarkan maklumat diterima daripada pihak Tourism Perak melalui persatuan perhotelan, peningkatan kadar penginapan sebanyak 50 peratus direkodkan di kawasan seperti Ipoh dan kawasan luar bandar sejak 10 Okt lepas hingga hari ini.
"Berdasarkan data daripada Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH), untuk kawasan Ipoh mencapai 50 peratus (kadar penginapan) manakala data yang diperolehi menerusi Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menunjukkan hotel di bawah MPT mencatatkan 56 peratus kadar penginapan.
"Berdasarkan data yang dikeluarkan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) pula, kawasan luar bandar termasuk Tanjung Malim, Tapah, Manjung, Kuala Kangsar dan Taiping mencatatkan 46.1 peratus kadar penginapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Setakat ini sebanyak 25 daripada 47 hotel di Pulau Pangkor telah beroperasi ketika ini dan selebihnya akan membuka operasi mereka secara berperingkat. - Gambar fail BERNAMA
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
PERDA usaha rancakkan sektor pelancongan menerusi 'Visit My Kampung'
Para pelancong akan berpeluang merasai sendiri suasana kampung serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart
Eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 - pulih daripada penguncupan 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand
Festival itu bermula dengan paparan budaya dan warisan Thailand yang meriah dengan perarakan sejauh satu kilometer.
Pelawat di Thailand dikecualikan sementara serahan Borang TM.6 di pusat pemeriksaan imigresen
Keputusan itu bertujuan merangsang sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan.
Melaka Explorace 2024 tumpu produk pelancongan negeri
Pertandingan mencari harta karun 'Melaka Explorace 2024' anjuran kerajaan negeri dan Bernama akan memberi tumpuan terhadap produk-produk pelancongan negeri.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.