awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar vaksinasi Malaysia antara terpantas di dunia, lapor The Sydney Morning Herald

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2021
06:11 MYT
Kadar vaksinasi Malaysia antara terpantas di dunia, lapor The Sydney Morning Herald
Khairy Jamaluddin memberitahu, kerajaan berjaya meningkatkan kadar inokulasi selepas dua bulan rundingan semula dengan pembekal vaksin Pfizer, di mana 70 peratus daripada vaksin yang dibeli adalah daripada BioNTech. - Gambar fail
SINGAPURA: Minggu ini memasuki minggu keenam rakyat Malaysia berkurung dalam keadaan negara melaksanakan total lockdown sejak 1 Jun lalu.
Di sebalik kebimbangan ramai ekoran jangkitan baharu COVID-19 terus melonjak tinggi sejak tiga hari yang lalu selain sistem perkhidmatan kesihatan negara juga dilihat berada di ambang lumpuh, ada berita gembira yang mungkin boleh meredakan kebimbangan itu.
The Sydney Morning Herald hari ini melaporkan, di sebalik peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, kadar vaksinasi harian COVID-19 Malaysia melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia dengan lebih 400,000 dos suntikan diberikan sehari.
Ia meletakkan program vaksinasi Malaysia sebaris dengan negara-negara maju lain seperti Kanada dan Australia.
Dalam temu bual dengan The Sydney Morning Herald dan The Age, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberitahu, kerajaan berjaya meningkatkan kadar inokulasi selepas dua bulan rundingan semula dengan pembekal vaksin Pfizer, di mana 70 peratus daripada vaksin yang dibeli adalah daripada BioNTech.
"Sebahagian besar vaksin yang dibeli kerajaan adalah Pfizer yang meletakkan Malaysia dalam medan 'pertarungan'.
"Maka kerajaan memutuskan, kita tidak boleh bergantung pada satu atau dua syarikat sepenuhnya," katanya dalam temu bual itu.
Menurut Khairy, dalam keadaan sekarang, adalah penting untuk setiap rakyat mendapat suntikan vaksin dalam membentuk imuniti kelompok.
Selain Pfizer, katanya, Malaysia meluluskan Sinovac dari China dan AstraZeneca.
Menurutnya, meskipun pada awalnya sedikit perlahan, kini setiap seorang daripada empat rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos setakat minggu ini.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#AstraZeneca
#BioNTech
#Pfizer
#total lockdown
#PICK
#COVID-19
#program vaksinasi
#Australia
#Indonesia
#suntikan
#imuniti kelompok
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan