awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar zakat fitrah Terengganu naik, 3 kategori diperkenal

Sinar Harian
Sinar Harian
14/03/2023
10:23 MYT
Kadar zakat fitrah Terengganu naik, 3 kategori diperkenal
Shaikh Harun berkata, penetapan tiga kadar bayaran zakat fitrah itu adalah mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun ini adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang.
Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, penetapan tiga kadar bayaran zakat fitrah itu adalah mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari.
"Mereka yang makan nasi daripada beras super special tempatan perlu membayar zakat fitrah tidak kurang RM8 seorang.
"Bagi mereka yang menggunakan jenis beras selain daripada itu, kadar zakat fitrah adalah RM10 seorang untuk beras super import (siam) dan RM24 seorang untuk beras jenis premium seperti basmathi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyempurnakan Multaqa Amil Zakat Negeri Terengganu 2023 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Profesor Madya Ahmad Azrin Adnan.
Menurut beliau, MAIDAM telah melantik seramai 954 orang amil zakat yang ditugaskan mengikut kawasan masing-masing dan 17 ejen zakat bagi membantu melancarkan pengurusan zakat di Terengganu.
Shaikh Harun berkata, pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM10 juta pada tahun ini, meningkat RM2 juta berbanding RM8 juta yang berjaya dikutip pada tahun lepas.
"Peningkatan ini berdasarkan tiga kadar bayaran zakat fitrah yang ditetapkan pada tahun ini dengan rata-rata umat Islam kita jangka akan bayar antara RM12 hingga RM15 seorang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#terengganu
#zakat fitrah
#MAIDAM
#Shaikh Harun Shaikh Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan