Suara dan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh disekat sesiapa atau dihalang mana-mana pihak terutama di dalam politik negara.
Tokoh Wartawan Kebangsaan, Datuk A Kadir Jasin berkata, tiada kuasa atau rintangan dapat menghalang Dr Mahathir dari terus bersuara dan mempertahankan maruah negara.
"Engkau tidak keseorangan. Suaramu tidak hilang dalam keriuhan. Amanatmu tidak pudar kerana cemuhan. Atau dilenyapkan oleh sejuta tuduhan.
"Biarkan mereka mengutuk mencacimu. Biarkan mereka menyumpah seranah namamu. Memanggilmu orang tua gila.Kerana azammu membela bangsa dan negara. Kerana pedulimu kepada rakyat jelata.
"Biarkan mereka mendabik dada. Biarkan mereka tunjuk perkasa. Kerana kekuatanmu bukan pada senjata.
Bukan pada penyokong palsu berjuta. Bukan pada kedudukan dan kuasa.
Tetapi pada azam sekeras waja. Pada minda yang tiada taranya," katanya dalam catatan terbaharunya dalam bentuk puisi di blognya.
Katanya, Dr Mahathir juga tidak pernah berseorangan seperti yang diluahkan di dalam blog chedet.cc baru-baru ini.
Ujarnya, Dr Mahathir mempunyai ramai sahabat yang akan memberi sokongan walau apa juga yang terjadi.
"Engkau keseorangan ..bersendirian? Jauh sekali, umpama air dengan api. Engkau punya ramai kawan dan teman. Engkau punya anak-anak yang cintanya sejati. Generasi yang engkau didik dan besarkan. Dengan idealisme dan perjuangan. Merekalah bala tenteramu. Merekalah pengarak panji-panjimu. Merekalah peniup nafirimu. Merekalah pemalu genderang perangmu.
"Perjuangan-mu belum selesai.Bahtera kita dilanda ombak badai. Bahtera merdeka pusaka ibunda. Yang kita bina dengan keringat dan air mata. Berdosalah kita seandainya ia terkandas. Dirampas dirampok tangan-tangan ganas," jelasnya dalam puisi berkenaan.
Katanya lagi, sejarah silam negara tidak lagi bermakna jika bangsa sendiri terpinggir, dipersenda dan dilupakan.
"Perjuanganmu belum selesai. Jangan biarkan hati anak-anakmu terlerai. Jangan biarkan negara kita hancur berkecai. Insya-Allah hasrat murni kita akan tercapai," ujarnya.
Sebelum ini, aktres jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut menyatakan sokongan terbuka mereka kepada Dr Mahathir di laman Instagram masing-masing.
Astro Awani
Thu Apr 16 2015
A KADIR JASIN: Suara Tun M tidak boleh disekat dan dihalang - Gambar fail
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.