GADGETS
KAF Digital Bank boleh diakses bermula hari ini, bank digital patuh syariah kedua Malaysia

Ia diterajui oleh KAF Investment Bank bersama konsortium termasuk Carsome, MoneyMatch, Jirnexu dan StoreHub. -Amanz
KAF Digital Bank kini mengumumkan bank digital mereka akan dibuka untuk umum bermula hari ini.
Ringkasan AI
- KAF Digital Bank, bank digital patuh syariah kedua di Malaysia, kini dibuka kepada umum bermula 8 Ogos 2025.
- Ia diterajui oleh KAF Investment Bank bersama konsortium termasuk Carsome, MoneyMatch, Jirnexu dan StoreHub.
- Untuk fasa awal, pengguna boleh mendaftar akaun simpanan peribadi dan menerima kad debit maya melalui aplikasi di Apple App Store dan Google Play Store.
Untuk fasa permulaan, KAF Digital Bank akan menawarkan sokongan pendaftaran akaun simpanan peribadi. Ia turut disertakan dengan kad debit maya kepada semua pengguna.
Ciri lain yang ditawarkan masih tidak diketahui lagi.
KAF Digital Bank dalam kenyataan berkata pengguna Malaysia boleh memuat turun aplikasi dari Apple App Store dan Google Play Store bermula 8 Ogos 2025, dan melakukan pendaftaran melaluinya. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami