awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
Permohonan kuota penggajian pekerja asing mulai 19 Januari - KDN
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan masih peringkat awal

Bernama
Bernama
19/05/2022
12:00 MYT
Kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan masih peringkat awal
Dr Noor Azmi berkata, kanabis berada di bawah Akta Racun yang memerlukan banyak isu berkaitan undang-undang perlu diselesaikan untuk penggunaannya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan di Malaysia masih di peringkat awal dan belum dapat bergerak seperti negara luar yang telah menggunakan kanabis untuk rawatan penyakit kronik, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
"Kanabis duduk dalam Akta Racun jadi bila nak menggunakan ia (kanabis) itu banyak undang-undang mesti diselesaikan.
"Ia tidak boleh dilepaskan sewenang-wenangnya kerana bimbang dengan penyalahgunaan dan kesan sampingan di peringkat awal," katanya kepada media selepas merasmikan Hari Kajian Klinikal anjuran Clinical Research Malaysia (CRM) di sini hari ini.
[INFOGRAFIK] Negara benarkan ganja bagi tujuan perubatan
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CRM Dr Akhmal Yusof berkata Malaysia kini mempunyai dua fasiliti "first in human" (FIH) yang diakreditasi oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) iaitu Hospital Umum Sarawak yang beroperasi setahun lalu dan terbaharu di Hospital Ampang.
Beliau berkata FIH itu penting untuk meluluskan ubat-ubatan dan berperanan sebagai pusat untuk menjalankan kajian klinikal yang mampu menarik pelaburan daripada syarikat besar untuk menjalankan kajian klinikal sekali gus mampu menghasilkan ubat-ubatan pada harga rendah jika dikeluarkan di dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#kanabis untuk perubatan
#ganja
#akta racun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan