SEREMBAN: Kajian pelarasan gaji penjawat awam mungkin mengambil masa enam hingga lapan bulan sebelum dapat diselesaikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan kajian itu kemudiannya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Menurutnya, sebarang keputusan berkaitan peningkatan gaji kakitangan awam akan tertakluk kepada hasil dalam negara.
Tegas beliau, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membuat kajian sebegitu.
“Sepatutnya kaji setiap 10 tahun. Kajian terakhir (pada) 2012.
"Tetapi tidak ada jawatankuasa... sekarang sudah 2023. Sepatutnya 2020 patut mula jawatankuasa, keputusan 2021 dan laksanakan 2022.
“Kadang-kadang kawan-kawan saya di sebelah sana cakap, bising-bising, hingar bingar ini sibuk soal apa?
“Saya tak kata saya tak sibuk tetapi saya tanya bila skim terakhir? Tahun 2012. Kenapa tak ada kajian? Kerana jemaah menteri tak bangkitkan,” katanya.
Anwar turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri sebelum ini yang tidak memulakan kajian pelarasan gaji penjawat awam pada tahun 2020.
“Apakah tidak boleh dikaji? Boleh. Apakah tidak boleh dinaikkan sedikit? Harus.
“Tetapi janganlah buat kajian naik gaji menteri, RM4,000, naik gaji cikgu RM40. Ini jadi masalah negara,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Guru-Guru peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada Khamis.
Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Pada 13 Julai lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara.
Menurutnya, cadangan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.
Ridauddin Daud
Thu Jul 27 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Apresiasi Guru-Guru Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, hari ini. - Foto BERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Tiada layanan dua darjat jika tidak tandatangan SSPA - KPPA
Tiada layanan dua darjat terhadap penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Pekerja bank Sarawak dapat pelarasan gaji sembilan peratus
Pelarasan gaji sebanyak sembilan peratus antara faedah baharu yang diperolehi pekerja perkeranian dan bukan perkeranian bank di Sarawak.
Pegawai awam berstatus tetap, berpencen pilih SSPA tidak terjejas malah dapat pelarasan gaji
Pegawai awam berstatus tetap dan berpencen yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bukan sahaja tidak terjejas malahan akan menerima pelarasan gaji.
Pelarasan gaji penjawat awam Perak ikut formula pengumuman Kerajaan Persekutuan - Saarani
Pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam Perak akan dilaksanakan mengikut formula seperti pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos.
Pelarasan gaji penjawat awam Selangor ikut pengumuman Perdana Menteri - Amirudin
Pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam Selangor akan dilaksanakan secara berfasa seperti pengumuman yang dibuat Perdana Menteri.
Kenaikan gaji selari inisiatif KESUMA, reformasi pasaran buruh swasta - Abdul Rahman
Pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan semalam selari dengan inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam memperkukuhkan dan mereformasi pasaran buruh swasta.
Kerajaan Sarawak kaji kuantum pelarasan gaji penjawat awam
Kerajaan negeri mengambil ketetapan untuk turut melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam dan akan dibuat berdasarkan kemampuan.
Pelarasan gaji: Penjawat awam perlu berkhidmat dengan dedikasi, berintegriti - Aktivis sosial
Penjawat awam perlu utamakan kebajikan awam dengan menangani masalah, menjawab aduan dengan segera serta menguat kuasa undang-undang secara berkesan.
Elaun khas penjawat awam sebelum pelarasan gaji wajar dipertimbang
Komitmen Kerajaan MADANI bagi menambah baik skim upah lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam sedikit melegakan 1.6 juta petugas di seluruh negara.
Jurang gaji kakitangan awam ketara, perlu tumpuan serius - Musa Ali
Jurang pendapatan kakitangan awam menyaksikan perbezaan ketara dan seharusnya diberikan tumpuan serius.