awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan - Armizan

Bernama
Bernama
21/04/2024
08:00 MYT
Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan - Armizan
Armizan berkata Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), diberi peranan untuk menjalankan kajian berkenaan. - Foto Bernama
PAPAR: Pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan sebelum laporan insepsi kajian dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan, pada Ogos ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), diberi peranan untuk menjalankan kajian berkenaan, dan kedua-dua universiti juga telah mengemukakan kertas cadangan awal mengenai kajian itu pada 19 April.
Armizan berkata kajian mengenal pasti punca jurang perbezaan harga barang keperluan terpilih antara Sabah, Sarawak dan Labuan dengan Semenanjung Malaysia itu juga, akan dilaksanakan bersama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
NACCOL yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ialah jawatankuasa penstabilan harga Sabah, Sarawak dan Labuan yang ditubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
"Kajian ini akan mengenal pasti senario semasa serta isu jurang harga barang asas terpilih di Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini termasuk mengkaji dinamika perbezaan harga dan rantaian bekalan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Papar dan Dewan Undangan Negeri Kawang, yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.
Armizan berkata kajian itu akan melibatkan lima kawasan utama di Sabah dan Labuan meliputi Kudat, bahagian pantai barat, bahagian pedalaman, Sandakan, Tawau dan Labuan.
Beliau berkata di Sarawak, kajian akan melibatkan tiga bahagian di utara Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Limbang, empat bahagian di Sibu, Sarikei, Mukah dan Kapit serta lima bahagian di barat Sarawak iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong.
Armizan berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Penstabilan Harga, sebelum ia diangkat untuk perhatian Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kajian ini penting sebagai langkah jangka panjang untuk merangka strategi dan pelan tindakan untuk menstabilkan harga barang-barang keperluan terpilih.
"Dapatan kajian ini juga akan dipanjangkan kepada kerajaan Sabah dan kerajaan Sarawak serta Jabatan Pembangunan Wilayah Persekutuan," katanya sambil menjelaskan, ini penting mengambil kira isu harga terkait secara langsung dengan isu keterjaminan makanan dan sumber bekalan domestik dan import.
Armizan berkata diharapkan dapatan kajian itu kelak, boleh menjadi panduan kepada kerajaan negeri terbabit, dalam konteks mempertimbang penggunaan tanah bagi tujuan pertanian, penternakan dan sekuriti makanan, secara keseluruhannya.
"Dengan adanya sumber bekalan makanan tempatan, isu kebergantungan kepada sumber bekalan makanan dari Semenanjung Malaysia melibatkan implikasi kos logistik dapat dikurangkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Armizan Mohd Ali
#kajian penstabilan harga barang
#Sabah Sarawak Labuan
#NACCOL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan