awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian perlu dilakukan sebelum pelaksanaan perpaduan rakyat

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
07/05/2013
03:12 MYT
Kajian perlu dilakukan sebelum pelaksanaan perpaduan rakyat
Kajian terperinci perlu dilakukan sebelum strategi perpaduan rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dapat diadaptasikan ke dalam masyarakat Malaysia.
Presiden Pergerakan Antarabangsa untuk Dunia Lebih Adil Dr Chandra Muzaffar berkata kajian penting bagi memahami punca polarisasi kaum yang mempengaruhi undian terhadap Barisan Nasional (BN).
“Idea terhadap perpaduan rakyat merupakan sesuatu yang positif. Bagaimanapun, kita harus mencari sebab majoriti masyarakat menang pada satu pihak dan berbeza bagi satu pihak yang lain.
“Polarisasi kaum dapat dilihat dalam politik sekarang dan boleh difahami, kita memerlukan mekanisma seperti kajian yang sesuai dan analisis,” kata beliau.
Chandra juga berkata bahawa ia adalah penting untuk mengukuhkan kepercayaan kita dalam asas di mana negara itu dibina.
“Asas tersebut disediakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia memberikan keseimbangan. Sebagai contoh bahasa dan agama.
“Apa yang diperlukan pada peringkat ini ialah untuk bertindak terhadap cabaran ini,” kata beliau.
Chandra tidak merasakan masyarakat tidak bersatu.
“Ya, terdapat sedikit perpecahan tetapi pilihan raya kita tiada keganasan jika dibandingkan kepada negara lain seperti Korea Selatan.
“Kita perlu mengatasi pepecahan tersebut sebelum ia semakin teruk,” kata Chandra.
Ahli sejarah Dr Khoo Kay Kim setuju dengan Chandra bahawa perlu kajian terperinci sebelum sebarang pelaksanaan dilakukan.
“Kita tidak boleh memperkenalkan perpaduan rakyat tanpa mengetahui masalahnya.
“Walaupun pihak British telah menubuhkan sebuah hubungan masyarakat tetapi ia gagal kerana mereka tidak menjalankan kajian yang betul.
“Pada awal 1960-an, ketika parti Perikatan menubuhkan Alliance Direct Membership Organisation (ADMO) ia juga gagal kerana mereka tidak menjalankan kajian.
“Terdapat pelbagai cara untuk menjalankan kajian berkenaan perpaduan rakyat seperti bercakap terus kepada masyarakat.
“Ketahui mengapa mereka tidak berpuas hati, apa yang dilakukan pembangkang untuk menang. Jika tidak, akan terdapat satu lagi Rukun Negara, satu inisiatif yang tidak pernah dijelaskan dan dilaksanakan,” kata Khoo.
Topic Berkaitan
#BN
#chandra muzaffar
#GE13
#khoo kay lim
#pembangkang
#perpaduan rakyat
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan