Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menyediakan kertas kerja berhubung kajian kebolehlaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri menjelang akhir tahun ini.
Timbalan Menteri berkenaan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, Jemaah Menteri kemudian akan membuat keputusan sama ada pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan atau tidak di negara ini.
"Sehubungan itu, pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat sehingga ada keputusan Jemaah Menteri mengenainya," katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang ingin tahu perkembangan kajian yang dibuat berkenaan pelaksanaan pilihan raya peringkat kerajaan tempatan dan adakah ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika ini KPKT sedang giat menjalankan kajian berhubung perkara itu termasuk menilai contoh pelaksanaan di negara luar seperti Australia, India dan Amerika Syarikat.
"Selain itu, KPKT mengadakan libat urus bersama beberapa pihak termasuk wakil kerajaan, setiausaha Kerajaan Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pejabat Peguam Negara," katanya
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata sehingga kini, KPKT telah mengadakan tiga siri bengkel kajian kebolehlaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepanjang tempoh 2018 hingga 2019.
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pilihan raya kerajaan tempatan memerlukan beberapa pindaan akta dan perundangan termasuk pindaan Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), pindaan akta dan peraturan yang berkaitan di bawah bidang kuasa SPR dan mewujudkan peraturan-peraturan pilihan raya kerajaan tempatan, sebelum ia dapat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019
Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, Jemaah Menteri kemudian akan membuat keputusan sama ada pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan atau tidak di negara ini. - Gambar fail
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.