KOTA KINABALU: "Kak, hari-hari kami tidur pakai jaket keselamatan," luah Derrent Littor, 22, anak kapal kapal kargo MV Dai Cat 06 kepada kakaknya Lyli.
Lyli, 28, berkata adiknya yang mula bertugas sebagai kelasi kapal tersebut pada 28 Okt lepas, meluahkan kebimbangan itu apabila kargo mula dimuatkan ke dalam kapal tersebut sebelum ia hilang sejak 9 Jan lepas.
Katanya kehilangan kapal kargo itu membuatkan keluarganya tertanya-tanya apa terjadi kepada Derrent dan anak kapal yang lain, sekali gus meminta supaya pemilik kapal, ejen dan pemilik kargo kapal itu tampil menjelaskan mengenai situasi kapal tersebut serta bekerjasama dalam usaha pencarian.
"Pihak berkuasa seperti Maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Jabatan Laut ada menyalurkan maklumat (kepada keluarga) tetapi pemilik kapal, ejen serta pemilik kargo tidak mahu memberi kerjasama apabila dihubungi.
"Saya mohon supaya semua pihak beri kerjasama dan perhatian kepada usaha pencarian ini kerana melibatkan nyawa lima orang yang keluarga sedang tunggu kepulangan mereka," katanya pada sidang media di Kampung Melawa, di sini, pada Isnin.
Pada 9 Jan lepas, kapal kargo didaftarkan di Malaysia itu yang membawa muatan batang paip bernilai RM726,205 berserta lima kru, dipercayai hilang di perairan Indonesia dan laporan berhubung kejadian itu dibuat ejen kapal tersebut pada hari yang sama.
Selain Derrent, dua lagi anak kapal warga Malaysia terdiri pegawai kanan Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24, dan kelasi Mohammad Sudeh Sudin, 20, manakala dua lagi kru warga Indonesia iaitu nakhoda kapal dikenali sebagai Adi, 43, serta ketua jurutera Damai Papane Ole, 57.
Lyli, yang bertugas dalam sektor perbankan, berkata kali terakhir adik bongsunya itu dapat dihubungi pada 1 Jan lepas ketika kapal tersebut berada di sekitar kawasan Singapura, tetapi tiada perkara pelik yang dibualkan adiknya bersama ahli keluarga.
"Pada 1.45 tengah hari itu adik saya beritahu di Singapura beliau beli 'line roaming' dan pada 2 petang beliau buat panggilan video dengan kami, pada 5 petang hari yang sama saya hantar mesej tetapi tiada balasan dan hingga hari ini (Isnin) saya cuba telefon nombor beliau tetap tiada jawapan," katanya.
Menurutnya sepanjang bertugas sebagai kelasi kapal tersebut, Derrent dakwanya tidak gembira dan meluahkan beberapa kebimbangan mengenai kapal itu, tetapi adiknya itu tetap meneruskan tugas bagi memenuhi kontrak bersama syarikat berkenaan yang akan tamat pada April ini.
Seorang lagi kakak Derrent, Sandra, 32, berkata beliau berharap adik bongsunya daripada enam beradik itu akan selamat pulang ke pangkuan keluarga walau apapun kejadian yang menimpa.
"Derrent mengambil kerja ini kerana beliau mempunyai perancangan masa depan dalam kariernya sebagai pelaut. Saya mohon pada semua agar jangan pinggirkan kes ini, tolong cari dan beri kerjasama untuk bawa pulang anak kapal ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Sandra Littor (depan dua, kiri) bersama adiknya Lyli Littor (depan dua, kanan) serta saudara terdekat menunjukkan gambar Derrent Littor, anak kapal kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang di perairan Indonesia sejak 9 Januari lepas. - Foto BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
'Kak, hari-hari kami tidur pakai jaket keselamatan' - Anak kapal MV Dai Cat 06
Adiknya Derrent meluahkan kebimbangan itu apabila kargo mula dimuatkan ke dalam kapal tersebut sebelum ia hilang sejak 9 Jan lepas.