awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia

Bernama
Bernama
29/04/2024
08:09 MYT
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
Ballard berkata KOM menghormati sebarang keputusan oleh persatuan negeri dan atlet itu sendiri, namun Ballard berharap mereka dapat membuat keputusan muktamad secepat mungkin sebelum 4 Ogos ini. - Foto Bernama
SEPANG: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri masing-masing ke Sukan Malaysia (SUKMA) atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Pengarah Teknikal KOM Robert Ballard berkata hal ini kerana tarikh bagi kedua-dua kejohanan itu bertindih iaitu SUKMA akan diadakan pada 17 hingga 24 Ogos di Sarawak, manakala Kejohanan Olahraga Dunia B-20 dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 31 Ogos di Lima, Peru.
Beliau berkata badan induk itu menghormati sebarang keputusan oleh persatuan negeri dan atlet itu sendiri, namun Ballard berharap mereka dapat membuat keputusan muktamad secepat mungkin sebelum 4 Ogos ini.
"Bukan tugas KOM membuat keputusan untuk atlet, kami tidak akan memaksa mereka untuk menyertai mana-mana kejohanan. Atlet akan duduk berbincang dengan persatuan negeri dan jurulatih masing-masing, sama ada ingin bersaing dalam SUKMA atau pergi ke Peru", katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyambut kepulangan atlet yang menyertai Kejohanan Olahraga Asia B-20 di Emiriah Arab Bersatu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Skuad olahraga berjaya membawa pulang dua pingat gangsa melalui Ng Tak Sik (lompat kijang) dan Pengiran Aidil Auf Hajam (200 meter) yang menyaksikan mereka layak secara merit ke Peru, di samping Hanssen Yap Soo yang merekodkan 10.41 saat dalam acara 100 meter.
Pengiran Aidil dan Hanssen diuruskan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah, manakala Tak Sing di bawah jagaan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Mengulas mengenai kejayaan Kejohanan Olahraga Asia B-20, Ballard berkata beliau berbangga dengan prestasi cemerlang dipamerkan atlet kerana mereka berada dalam kumpulan pembangunan remaja yang tidak menetapkan sebarang sasaran dalam kejohanan berkenaan.
"Tiga atlet mencapai standard minimum untuk bawah 20 tahun dunia, jadi ia pencapaian hebat buat kami dan satu langkah ke hadapan yang baik, kami harap lebih ramai akan layak ke saingan bawah 20 tahun dunia, kejohanan seterusnya adalah di Hong Kong pada 2026," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Olahraga Malaysia
#atlet muda kebangsaan
#SUKMA
#Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan