BATU PAHAT: Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
Kakak Bella, Norhisham Samsusah, 37, berkata perasaan tidak gembira jelas kelihatan terutamanya pada wajah Eusuf, yang banyak termenung dan kurangnya bercakap tidak seperti Aidilfitri tahun-tahun sebelumnya.
Beliau berkata yang mesra disapa dengan panggilan Ayu, kini kedua-dua anak saudaranya itu seakan mengharapkan seseorang untuk memberikan belaian kasih sayang seorang 'ibu', yang selama ini sentiasa bersama mereka ketika susah dan senang.
"Terima kasih Ummi (panggilan Eusuf kepada Ayu)...itulah antara perkataan yang keluar dari mulut Eusuf ketika saya memakaikannya baju raya, selain menyatakan tahun ini Mummy (Bella) tidak kelihatan pada pagi Hari Raya.
"Kata-kata berkenaan membuatkan saya sebak dan ia menggambarkan yang anak saudara saya ini terlalu rindu kepada ibunya, setelah lebih empat bulan tidak berjumpa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, di sini, semalam.
Ayu berkata melihatkan keadaan berkenaan, dia merasakan yang dirinya perlu menjadi 'pengganti' kepada ibu kepada anak saudaranya itu, supaya tidak terlalu terasa kehilangan insan yang sentiasa menyayanginya.
Beliau berkata dia sendiri juga merasa kehilangan Bella, apabila kebiasaannya tibanya lebaran adiknya itu merupakan individu yang paling teruja melakukan persiapan hari raya, di mana tahun ini agak sepi apabila celoteh Bella tidak lagi wujud.
"Begitu juga ketika Ramadan, kalau sebelum ini, kami berbuka puasa bersama namun kali ini terlalu sunyi rasanya setelah ketiadaan Bella.
"Tahun ini kami sekeluarga menyambut Aidilfitri di kampung di Kuala Selangor...saya akan cuba menggembirakan kedua-dua anak saudara saya ini, selagi hayat dikandung badan saya akan memberikan kasih sayang kepada mereka, yang mana saya menganggap ia satu amanah untuk mendidik serta membesarkan mereka," katanya.
Terdahulu, pada 14 Dis 2023, Bella gagal dihubungi selepas keluar rumah dengan menaiki kereta teman lelakinya pada pukul 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran.
Pada 19 Jan, rangka manusia tidak lengkap yang telah disahkan milik Bella, ditemukan polis di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7 Tongkang Pecah, di sini, setelah dipandu arah oleh suspek utama kes yang juga teman lelaki mangsa, sebelum pada 28 Feb enam lagi tulang yang kemudiannya disahkan milik Bella, turut ditemukan berhampiran lokasi penemuan rangka sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Norhisham Samsusah, (kanan) bersama anak saudaranya Eusuf Abdul Fatah, 5, (dua, kanan) menziarahi pusara Mira Sharmilah atau Bella, di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, di sini, semalam. - Bernama
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.
Bunuh, tikam teman wanita 28 kali: Hukuman mati bekas pengurus diganti penjara, sebatan
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat suaminya dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.
Model tikam teman lelaki hingga mati, punca dipercayai cemburu
Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Kota Kemuning di sini pada Isnin.
Warga emas dituduh bunuh abang, kakak ipar guna sabit sawit
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit, minggu lalu.
Tolak kekasih dari tingkat 23, pemandu lori didakwa membunuh
Pemandu lori yang ditahan kerana menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat.