Skip to main content

Malaysia

Kakak tiri Zara Qairina tak jadi beri keterangan esok, inkues bersambung Rabu

81760583892_ZaraQairinainkues.jpg
Pada asalnya, kakak tiri Zara Qairina, dijadualkan tampil sebagai saksi seterusnya pada Selasa, namun keterangannya tidak diteruskan seperti dijadualkan.
Advertisement

KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir akan disambung semula pada Rabu selepas selesai mendengar keterangan bapa remaja itu pada Isnin.

Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Koroner, di sini, dihentikan pada tengah hari selepas Mahathir Mohd Hashim, 45, yang merupakan saksi ke-80 selesai memberi keterangannya.

Pada asalnya, kakak tiri Zara Qairina, dijadualkan tampil sebagai saksi seterusnya pada Selasa, namun keterangannya tidak diteruskan seperti dijadualkan.

Koroner Amir Shah Amir Hassan kemudian memaklumkan bahawa prosiding ditangguhkan dan jadual pada Selasa dikosongkan sebelum inkues bersambung semula pada Rabu.

Mahathir sebelum itu memberi keterangan termasuk menjawab pertanyaan daripada barisan peguam mengenai hubungannya dengan Zara Qairina, siasatan polis selepas kejadian serta perkara berkaitan keluarga mereka.

Zara Qairina, 13, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu pada keesokan harinya. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement