awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan, keluarga Kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2021
09:23 MYT
Kakitangan, keluarga Kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia
Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song bersama 32 individu lain berlepas pulang ke Pyongyang hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 33 orang kakitangan dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur berlepas pulang ke negara asal mereka petang Ahad.
Kesemua mereka menaiki pesawat Shanghai Airline FM0086 jam 4.10 petang tadi dan transit di Pudong, China sebelum ke Pyongyang.
Mereka sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 11.45 pagi dengan menaiki bas sewa khas.
Turut berlepas pulang adalah Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song bersama keluarganya.
Sebahagian kakitangan dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur yang berlepas pulang petang tadi. - Foto BERNAMA
Sebahagian kakitangan dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur yang berlepas pulang petang tadi. - Foto BERNAMA
Mereka kemudian mendaftar di kaunter daftar masuk sekitar jam 2.15 petang sebelum dibawa ke bilik khas di tingkat 5, KLIA.
Sebelum meninggalkan bangunan kedutaan itu, Yu Song berkata Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya.
"Selepas apa yang berlaku ini, Kementerian Luar Korea Utara mengumumkan memutuskan hubungan dengan Malaysia susulan tindakan terkutuk ini terhadap Korea Utara atas tekanan Amerika Syarikat.
"Kerajaan Malaysia akan bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku susulan terputusnya hubungan antara dua negara ini," katanya.
Pada Jumaat, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan negara.
Ia susulan keputusan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan Malaysia mengekstradisi seorang warganegaranya ke Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#hubungan doplimatik Korea Utara
#putus hubungan diplomatik
#pulang ke Pyongyang
#Pyongyang
#KLIA
#Korea Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan