awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan Perhilitan maut disyaki keracunan makanan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2023
16:12 MYT
Kakitangan Perhilitan maut disyaki keracunan makanan
Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) maut kerana dipercayai keracunan makanan di Gunung Gelemat, Kuala Jengai, di Hulu Dungun, petang Khamis. - Sinar Harian
DUNGUN: Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) maut kerana dipercayai keracunan makanan di Gunung Gelemat, Kuala Jengai, di Hulu Dungun, petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Nazli Ajis, 36, disahkan meninggal dunia sejurus pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 6.35 petang.
Menurut Baharudin, pihaknya menerima maklumat mengenai keadaan mangsa yang kritikal dan tidak sedarkan diri.
"Pasukan bomba dan penyelamat bersama seorang doktor ke lokasi kejadian menggunakan sebuah helikopter kira-kira jam 6 petang namun mangsa sudah meninggal dunia.
"Sebaik sahaja tiba di Klinik Kesihatan Bandar Al Muktafi Billah 45 minit kemudian, pegawai perubatan sekali lagi membuat pemeriksaan dan mengesahkan kematian," katanya di sini pada Khamis.
Difahamkan, mangsa yang merupakan anggota Perhilitan Daerah Mersing, Johor, bersama 12 rakan sekerjanya ke gunung tersebut sejak 9 Mac lalu untuk Program Pemantauan dan Perlindungan Kuang Gunung di Gunung Gelemat, Taman Negara.
Baharudin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa kira-kira 30 minit.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kakitangan Perhilitan
#keracunan makanan
#Gunung Gelemat
#Polis Daerah Dungun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan