awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan positif COVID-19, kaunter pelanggan Lembaga Air Kuching ditutup

Bernama
Bernama
29/01/2021
08:20 MYT
Kakitangan positif COVID-19, kaunter pelanggan Lembaga Air Kuching ditutup
KWB juga telah memulakan proses sanitasi di seluruh premis di Jalan Batu Lintang. - Sumber foto kwb.gov.my
KUCHING:Lembaga Air Kuching (KWB) menutup Kaunter Khidmat Pelanggan dan Pembayaran berkuat kuasa serta-merta selama dua minggu mulai hari ini hingga 12 Feb selepas seorang daripada kakitangannya positif COVID-19.
Pengurus Besarnya Rodziah Mohamad dalam kenyataan berkata kali terakhir kakitangan itu masuk ke premis KWB adalah pada 25 Jan lepas dan kumpulan rakan sekerja yang dikenal pasti oleh Jabatan Kesihatan sebagai kontak rapat telah dikuarantin di rumah masing-masing sementara menunggu ujian calitan COVID-19.
KWB juga telah memulakan proses sanitasi di seluruh premis di Jalan Batu Lintang dan memberi jaminan bahawa mereka akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan berterima kasih atas kefahaman anda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Lembaga Air Kuching
#KWB
#Rodziah Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan