PETALING JAYA: Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak empat hingga 10 peratus berdasarkan skor prestasi kerja masing-masing.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia merupakan antara enam insentif penambahbaikan faedah kepada kakitangan yang diluluskan Lembaga Pengarah Prasarana.
Beliau berkata, penambahbaikan kadar elaun syif sebanyak 36.3 peratus iaitu daripada RM11 kepada RM15 sehari bagi syif siang dan 53.8 peratus iaitu daripada RM13 kepada RM20 sehari bagi syif malam, juga akan dilaksanakan khususnya kepada kumpulan barisan hadapan dan kakitangan bukan eksekutif melibatkan 2,800 warga Prasarana.
Katanya, turut dilaksanakan penambahbaikan kadar Elaun Pemanduan sebanyak RM10 sehari kepada kakitangan Rapid Bas yang akan memberi manfaat kepada 2,300 kapten bas, sekali gus menyumbang kepada peningkatan purata pendapatan kasar bulanan mereka sebanyak RM220.
"Saya dengan sukacita juga ingin mengumumkan pelaksanaan Elaun Pasaran Interim dengan kadar minimum RM200 bagi kumpulan teknikal yang terdiri daripada juruteknik kanan, jurutera dan jurutera kanan seramai 590 orang," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga Prasarana di sini, malam tadi.
Selain itu, Loke berkata, beliau difahamkan Lembaga Pengarah Prasarana juga telah meluluskan kenaikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan daripada 15 peratus kepada 16 peratus bagi pekerja yang telah berkhidmat lima tahun dan ke atas.
Katanya, penambahbaikan manfaat perlindungan perubatan bagi kemasukan ke hospital daripada perlindungan individu kepada perlindungan keluarga di semua peringkat juga telah diluluskan.
Menurutnya, manfaat bagi pelan perlindungan keluarga yang baharu ini, memberi peluang kepada ahli keluarga yang berdaftar menggunakan jumlah yang diinsuranskan tanpa had selagi dalam had tahunan perlindungan.
"Maklumat terperinci akan disampaikan oleh pihak Prasarana kepada semua warganya dalam masa satu ke dua hari ini. Saya harap pengumuman ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban anda," katanya.
Loke berkata, kesemua insentif tersebut sebagai penghargaan kepada kakitangan serta mengatasi kadar pusing ganti pekerja yang tinggi dalam industri tersebut.
"Pada 2022, seramai 836 kakitangan Prasarana meletak jawatan, satu kadar pusing ganti pekerja yang agak tinggi dengan RapidRail mencatatkan enam peratus, manakala Rapid Bus mencecah 11 peratus dan ini adalah situasi yang membimbangkan," katanya.
Menurutnya, berdasarkan kajian dalaman, majoriti yang meninggalkan Prasarana adalah kakitangan teknikal dan kapten bas yang tertarik dengan tawaran lebih lumayan oleh pengusaha bas dan rel di dalam dan luar negara termasuk Singapura serta Timur Tengah.
"Berikutan situasi dan cabaran ini, adalah menjadi tanggungjawab Prasarana dan kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja berkemahiran tinggi sentiasa dijaga termasuk mengkaji semula gaji dan faedah sedia ada agar setanding dengan pasaran," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Anthony Loke Siew Fook melihat tren baharu ketika hadir membuat lawatan kerja di ruangan selenggara di Kompleks Rapid Rail Lembah Subang pada Rabu. - Foto BERNAMA
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Prasarana diarah kemuka laporan lengkap insiden tayar monorel terbakar - Anthony Loke
Prasarana diarah supaya mengemukakan laporan penuh berhubung insiden tayar monorel terbakar dan terjatuh di atas jalan raya di laluan Stesen Monorel Titiwangsa pada Selasa.
Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.
PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.
Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas
Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.
Banjir: Jumlah kerugian Taman Pertanian Negeri Sekayu mencecah RM1 juta
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana.
Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.
PRN Sabah: Sepak, tukar sahaja jika tidak laksana tanggungjawab - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan semua pemimpin BN perlu melaksanakan amanah diberikan kepada mereka dengan memberi yang terbaik untuk rakyat.
Liga-M perlukan Kelantan saingi JDT - Norizam
Ahli perniagaan itu memasang hasrat besar selepas melengkapkan proses pemilikan bekas juara 'treble' 2012 berkenaan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Khamis lalu.
Fasiliti kesihatan lengkap penting bagi operasi penjara, pusat tahanan
Langkah meletakkan doktor bertauliah sebagai sebahagian daripada operasi di pusat tahanan adalah baik kerana mereka boleh memberi respons segera.