awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas

Bernama
Bernama
11/11/2022
05:55 MYT
Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas
Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana. - Gambar fail
PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan memberi pampasan kepada pengguna transit aliran ringan (LRT) yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan dengan melanjutkan tempoh sah laku pas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata lanjutan tempoh sah laku pas itu seperti My50, iaitu pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL, akan bergantung kepada pihak pengurusan Prasarana.
"Kami melihat tidak adil jika seminggu tidak boleh guna (LRT) tetapi tetap membayar. Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.
"Saya telah dapat kepastian daripada Prasarana, itu yang akan dilakukan," katanya dalam sidang media berhubung isu gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, di sini hari ini.
Prasarana telah mengumumkan 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula 9 November lepas ekoran gangguan sistem.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prasarana
#LRT
#pampasan
#tempoh sah laku pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan