awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kalau masih tak faham bahasa kita kenakan tindakan" - Ketua JSJ Selangor

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/03/2020
13:59 MYT
"Kalau masih tak faham bahasa kita kenakan tindakan" - Ketua JSJ Selangor
FADZIL: Kita minta masyarakat akur dengan tempoh perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan. - Astro AWANI
Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil berhubung Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmad berkata dalam operasi yang dijalankan sejak semalam mendapati masih ada segelintir individu yang masih berdegil.
"Kita lihat masyarakat macam tak kisah dengan perintah yang dikeluarkan, ada yang masih melepak di kedai, ada yang masih bermesyuarat.
"Kita minta masyarakat akur dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan, kalau masih ada yang tak faham bahasa lagi kita akan kenakan tindakan undang-undang," katanya.
Tinjauan menerusi Op COVID-19 oleh Ibu Pejabat Kontinjen Selangor pada Khamis mendapati masih terdapat sesetengah individu yang masih berdegil apabila sengaja berada di luar melakukan aktiviti dan sebagainya.
Sebanyak 26 pasukan dikerah mengikut kawasan yang telah disenaraikan sebagai lokasi 'hotspot' berhubung keberadaan orang ramai yang masih aktif melakukan aktiviti di luar selain giat melakukan sekatan jalan raya.
Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh terus menghubungi Bilik Gerakan IPK Selangor di talian 03-5514 5203.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Fadzil Ahmad
#koronavirus
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan