“Mujur alang rumah jadi penghalang daripada bumbung zink jatuh dan mengenai ayah dan mak.”
Itu yang diceritakan Che Jamaliah Hamid, 50, berkongsi detik cemas ketika ribut yang menerbangkan hampir keseluruhan rumahnya di Kampung Bukit Besar, Yan, lewat petang semalam.
Kejadian jam 5.30 petang itu hampir meragut nyawa ibu bapanya Hamid Omar, 84, dan Siti Ajar Ismail, 81, yang ketika itu berada di atas katil di ruang tengah rumah.
Secara tiba-tiba angin datang berpusing lalu menerbangkan keseluruhan bumbung dan bahagian pelantar di hadapan rumah.
Kejadian mengakibatkan rumah mereka ranap serta tiga buah kenderaan yang dipakir dibawah rumah pecah cermin akibat ditimpa kayu dan zink.
Turut trauma dan terkesan dengan kejadian ribut itu Saad Selamat, 60, yang baru selesai solat asar.
Beliau yang panik hanya sempat melaungkan azan.
“Habis azan pintu tu tertutup sendiri dan lepas tu kena orang buka dari luar baru boleh buka kalau mereka tak buka tak boleh keluar lah ada hikmah dia tu.
“Masa pakcik azan tu tengah dok kuat,” jelas Saad lagi.
Katanya ketika itu dia, isteri berserta empat anak dan seorang cucu berlari ke dapur untuk berlindung.
Baca: 'Saya hanya sempat laungkan azan untuk redakan ribut'
Sementara itu, Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Daerah Yan, Lans Koperal Zainari Ahmad memaklumkan, kejadian itu melibatkan 186 orang mangsa dari 31 buah keluarga.
Antara kampung yang terlibat adalah, Kampung Bukit Besar, Kampung Haji Hashim dan Kampung Batu.
Jumlah kerosakan dan nilai kemusnahan masih masih dalam siasatan.
Astro Awani
Wed Mar 07 2018
Keadaan salah sebuah kereta yang rosak dihempap tiang yang tumbang - Foto Astro AWANI
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Masalah angin perkara biasa - Rashid
Masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun.
Regatta RLIR 2023 disambung semula dengan hanya satu perlumbaan hari ketiga
Bagaimanapun, 25 kapal layar tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat tiada tipuan angin minimum lima knot ke atas.
Bayi selalu kembung perut? Ini tip berkesan bagi merawat dan mencegah keadaan itu
Mari kita fahami punca bayi kembung perut dan cara mengatasinya seperti dikongsi oleh seorang doktor.
Kejadian kepala air disebabkan hujan berintensiti tinggi - MetMalaysia
Ia menyebabkan akar pokok atau kawasan tadahan air tidak dapat menampung atau menahan air tersebut untuk diserap ke dalam tanah.
Olimpik Tokyo: Khairulnizam di landasan tepat di sebalik cabaran cuaca buruk
Biarpun berdepan cabaran ombak tinggi, Khairulnizam Mohd Afendy berada di landasan tepat untuk mencapai objektif diletakkan ke atasnya, di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Lelaki sembunyi di bawah gaun pengantin perempuan
Tindakannya itu bagi membantu wanita tersebut berjalan sebelum ketika upacara perkahwinan berlangsung.
25 rumah atas air di Tanjung Aru musnah terbakar
Penduduk cuba memadam api menggunakan baldi berisi air namun api marak begitu cepat disebabkan struktur rumah yang berasaskan kayu serta faktor angin.
Angin ribut: Lebih 30 pokok tumbang, tujuh menimpa rumah di Pantai Remis
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8 malam.
Siasatan kebakaran The Andaman Langkawi selesai - Bomba
Bahagian Siasatan Kebakaran JBPM Kedah berada di tempat kejadian selama tiga malam untuk mengetahui bagaimana kebakaran berlaku.
Negara Asia paling kecil... apa ada di sini?
Maldives, sebuah negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya malah ada yang melabel negara itu sebagai syurga dunia dek kerana keindahan, kecantikan alam di sana.