KUALA LUMPUR: Alasan masalah angin diberikan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, selepas disingkirkan pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada Terbuka Malaysia 2022 Rabu, disifatkan tidak munasabah.
Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berpendapat Zii Jia, yang merupakan pemain kedua terbaik dunia, perlu menerima hakikat bahawa masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun dan merupakan sebahagian daripada adat permainan ketika di dalam gelanggang.
"Kalau ikut ranking Zii Jia tak patut kalah, sebagai seorang pemain profesional, alasan masalah angin hanyalah biasa, sebab bukan dia sahaja malah pemain lain juga sentiasa berhadapan isu sama.
"Beliau perlu tahu bagaimana hendak menangani masalah angin selain menggunakan taktikal serta pelan permainan yang sesuai dengan keadaan sedemikian," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Zii Jia ditunjukkan jalan keluar selepas tumpas 21-13, 17-21, 19-21 di tangan Naraoka yang juga pemain bukan pilihan bagi kejohanan pembuka tirai Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia itu, tahun ini.
Sebaliknya, Rashid, yang juga bekas juara Terbuka Malaysia tiga tahun berturut-turut dari edisi 1990-1992, berkata adalah lebih 'molek' sekiranya juara Asia itu menerima hakikat bahawa lawannya itu bermain lebih bagus dan berhak menang malam itu.
Dalam pada itu, bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 berpandangan Zii Jia wajar mempunyai jurulatih sekiranya mahu memastikan prestasinya terus meningkat pada masa akan datang.
Pemain berusia 24 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas pertembungannya dengan Naraoka mengakui tidak menyesal untuk bergerak tanpa jurulatih di sisi setelah berpisah dengan Indra Wijaya, pada November lepas.
Di sebalik permulaan buruk pada musim 2023, Rashid pada masa sama juga menaruh harapan agar juara All England 2021 itu segera bangkit dengan kembali merangkul gelaran dalam mana-mana kejohanan sekali gus tidak menjejaskan kedudukannya dalam ranking BWF.
Sementara itu, seorang lagi bekas juara Terbuka Malaysia, Ong Ewe Hock berkata Zii Jia perlu meningkatkan kekuatan mentalnya dan tampil dengan strategi yang lebih baik untuk mengatasi lawannya.
"Saya rasa dia bermain agak baik. Bagaimanapun, ada dua perkara yang perlu dia sesuaikan iaitu kekuatan mental dan strategi permainan menjelang penghujung perlawanan," katanya.
Juara 1996 dan 2001 itu juga tidak menolak kemungkinan pemain dari Kedah itu mengalami tekanan untuk bermain di tanah air, yang akhirnya menyebabkan beliau tersingkir daripada pertandingan itu.
Zii Jia pernah mengalami penyingkiran awal pada Terbuka Malaysia sebelum ini.
Selain kekalahan pusingan kedua kepada pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito tahun lepas, beliau juga mengalami kekalahan pusingan pertama kepada Suppanyu Avihingsanon dari Thailand pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023

Lee Zii Jia (gambar) ketika beraksi menentang Kodai Naraoka pada Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, 11 Jan 2023. - Gambar fail BERNAMA

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Yeoh berkata beliau akan mendengar segala permasalahan dihadapi pemain keempat dunia itu dalam perjumpaan tersebut.

Semua bantuan diperlukan Zii Jia akan diberi menerusi RTG - Norza
Semua bantuan yang diperlukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi program 'Road To Gold' (RTG).

Zii Jia kembali ke BAM?
Persoalan sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menjadi tanda tanya.

Zii Jia perlu kaji formula terbaik buru kemenangan
Pemain perseorangan nombor satu Malaysia itu pamer aksi membanggakan ketika kejohanan berprestij Seluruh England dan Terbuka Switzerland.

Terbuka Switzerland: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia meneruskan kemaraannya di St Jakobshalle di Basel selepas menumpaskan Lee Chia Hao dari Taiwan untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Switzerland 2023.

Terbuka Switzerland: Zii Jia terus cemerlang mara ke suku akhir
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland 2023 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, hari ini.

Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China.

Zii Jia dapat semula keyakinan diri
Zii Jia mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.

Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.

Tze Yong terkandas pada suku akhir All England
Pemain ranking dunia ke-28 itu tewas kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.