KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaku tidak pernah berhasrat untuk menjadi perdana menteri.
Ahmad Zahid dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Sabtu berkata, sekiranya benar Muhyiddin tidak pernah berhasrat untuk menjadi perdana menteri, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak akan cuba 'menyogok' Ahli Parlimen secara terbuka supaya menyokongnya untuk kekal berkuasa.
"Mari kita fikir sejenak apakah seseorang yang mengaku dirinya tidak pernah berhasrat menjadi Perdana Menteri akan cuba 'menyogok' Ahli Parlimen secara terbuka di kaca TV supaya menyokongnya kekal sebagai Perdana Menteri gara-gara terdesak?
"Apakah seseorang yang tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri dalam kata-kata terakhir kepada pegawai-pegawainya di Putrajaya membayangkan dia akan kembali sebagai Perdana Menteri?
"Apakah seseorang yang tidak pernah mahu menjadi Perdana Menteri dalam ceramah politiknya sempena PRN Johor menyatakan kemungkinan dia akan menjadi Perdana Menteri sekali lagi?," soal Zahid.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Dalam kenyataannya juga, Ahmad Zahid mendakwa Muhyiddin menjanjikan perpaduan atas nama Melayu-Islam untuk mendapatkan sokongan bagi menjadi perdana menteri dua tahun lalu.
"Dia kata saya yang mahu menyokongnya jadi perdana menteri bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan, lalu dia pun jadi perdana menteri.
"Tetapi dia tidak kata bagaimana proksi-proksinya berusaha gigih memujuk wakil rakyat bukan PH termasuk daripada UMNO agar menyokongnya jadi perdana menteri.
"Menjanjikan sebuah perpaduan yang jujur dan ikhlas atas nama Melayu dan Islam, tetapi rupa-rupanya ada udang di sebalik batu dengan kuasa sebagai perdana menteri," katanya lagi.
Dia berkata demikian mengulas ucapan Muhyiddin dalam kempen PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini yang mendakwa Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyokongnya untuk menjadi perdana menteri, dua tahun lalu.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata dia tidak mahu mengulas perkara itu kerana ada agenda lebih penting, namun Muhyiddin tidak berhenti-henti ‘menyeru’ namanya.
"Saya sebolehnya tidak mahu mengulas tentang bekas tokoh politik kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin kerana kita ada agenda yang lebih penting.
"Agenda penting kita bersama rakyat Johor untuk memastikan kestabilan, kemakmuran dan kemajuan dikembalikan di Johor pada 12 Mac ini.
"Tetapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak henti-henti 'menyeru' nama saya," jelasnya.
Ahmad Zahid juga mendakwa Muhyiddin mahu memperkukuhkan kedudukan partinya dan jawatannya dengan cuba melemahkan UMNO serta 'mencuri' dan 'membeli' ahli UMNO.
"Mungkin kerana itu dia begitu marah kepada saya, pimpinan serta ahli akar umbi UMNO kerana dapat menghidu muslihatnya dan bertindak,” katanya.
Astro Awani
Sun Mar 06 2022
Ahmad Zahid juga mendakwa Muhyiddin mahu memperkukuhkan kedudukan partinya dan jawatannya dengan cuba melemahkan UMNO serta 'mencuri' dan 'membeli' ahli UMNO. - Gambar fail
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.