SEREMBAN: Kabinet yang memutuskan untuk menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah di Sarawak di luar mahkamah dan bukannya atas permintaan DAP seperti didakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan Muhyiddin mengaitkan DAP dalam isu itu adalah tidak adil.
"Siapa yang dia (Muhyiddin) maksudkan? Pada ketika itu saya juga ada dalam Kabinet dan saya tak pernah bangkitkan isu itu.
"Malah, keputusan untuk cuba selesaikan isu itu di luar mahkamah sebenarnya keputusan Kabinet dan mungkin dia tak hadir ketika mesyuarat Kabinet yang membuat keputusan itu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Nama Baru Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin di sini pada Khamis.
Bagaimanapun katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan dan mahu ia dibawa ke Mahkamah Tinggi yang kemudian memutuskan penggunaan kalimah Allah dibenarkan kepada penganut Kristian di Sarawak dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.
Justeru katanya, tidak sepatutnya Muhyiddin meletakkan beban itu kepada DAP saja dan ia jelas ada tujuan politik tertentu.
"PN tiada modal selain memainkan atau mengapikan sentimen perkauman dan agama.
"Seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri yang Kabinet secara tegas mempertahankan bahawa isu agama perlu ditangani dengan sensitif dan baik," katanya.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Seremban berkata, sudah tentu Kabinet selaku pembuat keputusan tertinggi dalam negara sentiasa mempertahankan kedudukan agama Islam dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya, isu tersebut perlu ditangani dengan baik dan harmoni dalam keadaan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.
"Jadi kita harap isu-isu seperti ini diuruskan dengan berhemah dan baik tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendedahkan ada menteri daripada DAP pernah meminta supaya kes kalimah Allah membabitkan Jill Ireland diselesaikan di luar mahkamah.
Kata Muhyiddin, kejadian itu berlaku sewaktu memegang portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2020.
Ahad lalu, media melaporkan, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain- 'Baitullah', 'Kaabah' dan 'solat' dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.
Antara lain, notis itu menyatakan bahawa KDN dan Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 18 2023

Loke mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendedahkan ada menteri daripada DAP pernah meminta supaya kes kalimah Allah membabitkan Jill Ireland diselesaikan di luar mahkamah.- Fail/Astro AWANI

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

Isu kalimah Allah lebih sesuai diperkemas, diperjelas kepada MKI - PM
Perdana Menteri sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan perlu cadang langkah praktikal, tuntas, selesai isu kalimah Allah - Mufti
Wan Salim berkata Kerajaan Pusat perlu bertindak segera kerana isu ini sudah lama dipolemikkan oleh pelbagai pihak di negara ini.

Sultan Selangor mahu polemik agama diselesaikan segera dengan bijak dan tertib
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak mengambil pendekatan yang bijak, tertib dan dengan semangat toleransi yang tinggi dalam berhadapan isu agama.

Kalimah Allah: Agong zahir kegusaran, titah kerajaan harmonikan keadaan
Polemik penggunaan kalimah Allah bukan perdebatan berhubung terminologi dan linguistik, sebaliknya berkait isu akidah umat Islam dengan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah.

PM Anwar tunai solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun di sini.

Kalimah Allah: Elak bahas secara terbuka, bimbang cetus kekeliruan - PM Anwar
Katanya, hal berkenaan sudah beberapa kali dijelaskan termasuk ketika di dalam Parlimen mengenai penggunaan kalimah Allah yang dikhaskan kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

Kalimah Allah: Takiyuddin 'kambinghitamkan' saya - Aziz Bari
Aziz Bari menyifatkan kenyataan dibuat Takiyuddin yang mengaitkan dirinya dengan kes penggunaan kalimah Allah sebagai mahu menjadikan beliau sebagai 'kambing hitam'.

Kalimah Allah: Usaha kerajaan akan muktamadkan isu yang tidak selesai - Nazri
Isu ini telah cuba dinoktahkan sebelum ini namun akibat kedegilan pihak-pihak tertentu ianya berlarutan hingga ke hari ini.

Kalimah Allah: Perhalusi kesan tarik balik rayuan mahkamah - Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar Kerajaan Persekutuan memperhalusi semula tindakan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah.