awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamalanathan buat laporan di SKMM berhubung fitnah

Bernama
Bernama
09/01/2018
10:48 MYT
Kamalanathan buat laporan di SKMM berhubung fitnah
Kamalanathan juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan individu yang dimaksudkan. - Foto Bernama
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung fitnah dalam satu akaun Facebook yang menuduhnya menyalahgunakan kuasa dan menyelewengkan dana diperuntukkan kepada sekolah Tamil.
Beliau berkata tuduhan berhubung isu 39 Projek Pembinaan Sekolah Tamil dan Pakej Rangsangan Khas 2012 di Facebook itu amat tidak bertanggungjawab.
"Ini adalah percubaan mengaibkan nama saya dan kementerian dan berharap SKMM akan mengambil tindakan undang-undang segera," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Kamalanathan hadir di ibu pejabat SKMM di sini pada kira-kira 4.20 petang ditemani dua pegawainya dan menyerahkan laporan itu kepada Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin.
Berhubung tuduhan beliau memberikan kontrak kepada syarikat saudara sebelah emaknya, Kamalanathan berkata syarikat itu dilantik oleh Kementerian Kewangan pada 16 Feb 2013 manakala beliau dilantik sebagai timbalan menteri pendidikan pada 16 Mei 2013, iaitu tiga bulan selepas pelantikan syarikat itu.
Kamalanathan juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan individu yang dimaksudkan.
Beliau juga bercadang membuat laporan polis berhubung fitnah itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#fitnah
#Kementerian Kewangan
#keselamatan
#menteri
#p kamalanathan
#pendidikan
#polis
#sekolah
#SKMM
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan