awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamarmahtum terima khabar gembira, surat akan diserah kepada Siti Aishah

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
28/11/2013
14:35 MYT
Kamarmahtum terima khabar gembira, surat akan diserah kepada Siti Aishah
Khabar gembira diterima oleh Kamarmahtum Abdul Wahab apabila pihak polis di Britain bersetuju untuk menerima surat yang ditulis dan menyerahkan kepada adiknya, Siti Aishah Abdul Wahab, lapor Hishamuddin Rais.
Hishamuddin melaporkan Pegawai Polis bernama Neil Hamilton akan menerima surat luahan hati Kamarmahtum itu di kedutaan Malaysia.
"Pegawai polis Neil Hamilton akan menerima surat dari cikgu Kamar. Ini akan dilakukan di kedutaan. Surat ini untuk disampaikan kepada adiknya Siti Aishah.
"Ini berita baik yang ditunggu-tunggu," tulis Hishamuddin diblognya, tukatiub.blogspot.com. Catatan itu dibuat pukul 1.30 waktu di London.
Sebelum ini pada Rabu, Hishamuddin menulis berita tentang Kamarmahtum yang menulis menulis sepucuk surat luahan isi hati kepada Siti Aishah.
"Suara hati kakak yang kehilangan adik, suara dan perasaan untuk melihat kembali perjalalan hidup. Air mata keluar ketika surat ditulis. Sedih dan sedih," coret Hishamuddin.
Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.
Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.
Akhbar Daily Mail pada Selasa mendedahkan wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.
Hishamudin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan Kamar Mahtum merupakan adalah gurunya di sekolah menengah.
Mereka, Hishamudin dan Kamarmahtum berlepas ke London pada Selasa malam dan tiba awal pagi Rabu bersama wartawan The Daily Telegraph, Deen Nelson.
Editor majalah Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin yang juga anak saudara kepada Siti Aishah turut sama ke London namun tidak dibenarkan mengikut Kamar Mahtum dan Hishamudin.
Topic Berkaitan
#Hishamuddin Rais
#Kamarmahtum Abdul Wahab
#Siti Aishah Abdul Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan