awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamarulzaman dilantik Datuk Bandar KL baharu

Bernama
Bernama
13/04/2023
15:48 MYT
Kamarulzaman dilantik Datuk Bandar KL baharu
Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 17 April ini.
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 17 April ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang bersara pada 31 Mac lepas selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).
"Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.
Mohd Zuki turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mahadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Bandar KL baharu
#Kuala Lumpur
#DBKL
#Kamarulzaman Mat Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan