awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pelajar UPSI ditemukan lemas selepas cuba selamatkan rakan
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Angkat MADANI: Empat projek fizikal bernilai RM663,000 di Kampung Sembulan siap

Bernama
Bernama
11/01/2026
21:00 MYT
Kampung Angkat MADANI: Empat projek fizikal bernilai RM663,000 di Kampung Sembulan siap
Wan Ahmad Dahlan berkata, kerajaan telah memutuskan inisiatif KAM diteruskan pada tahun ini bagi memastikan tiada golongan masyarakat yang tercicir daripada menikmati kemudahan asas yang kondusif. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Sebanyak empat projek fizikal Kampung Angkat MADANI (KAM) di Kampung Sembulan di sini, melibatkan kos keseluruhan RM663,000, berjaya disiapkan pada 2 November lalu sebelum diserahkan untuk kegunaan penduduk setempat.

Ringkasan AI
  • Empat projek fizikal Kampung Angkat MADANI (KAM) di Kampung Sembulan siap dengan kos RM663,000 sebelum diserahkan kepada penduduk setempat.
  • Projek termasuk pemasangan lampu jalan, baik pulih jalan, pembinaan bonggol, gelanggang futsal, dan dewan serbaguna.
  • Program KAM adalah inisiatif nasional untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan desa dan bandar, melibatkan pembangunan infrastruktur dan pembangunan modal insan.

Projek berkenaan diserahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah pada Majlis Semarak MADANI KAM di kampung itu, pada Ahad.
Wan Ahmad Dahlan berkata, empat projek tersebut ialah pemasangan lampu jalan dan solar di Kampung Sembulan, baik pulih serta menurap jalan dan pembinaan bonggol di Kampung Sembulan Baru, selain baik pulih gelanggang futsal dan menaik taraf dewan serbaguna, masing-masing di Kampung Sembulan Tengah.
Beliau berkata, selain empat projek fizikal berkenaan, bantuan menaik taraf prasarana dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SANZAC dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan turut dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM36,000.
"Dengan adanya program KAM ini, tiada lagi masyarakat yang tertinggal daripada menikmati kemudahan sebagaimana kampung lain yang sudah lengkap dengan prasarana asas," katanya ketika berucap merasmikan majlis itu, di sini, semalam.
Turut hadir, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff.
Program KAM adalah inisiatif nasional yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan desa dan bandar melalui pendekatan keseluruhan kerajaan, khususnya dalam aspek kemudahan asas.
Kampung Sembulan dipilih sebagai antara 43 KAM di seluruh negara, dengan RM1 juta disalurkan oleh Kementerian Kewangan kepada INTAN Kampus Sabah pada 25 Ogos 2025 bagi melaksanakan projek fizikal dan bukan fizikal di kampung itu.
Wan Ahmad Dahlan berkata, selain pembangunan infrastruktur, program berkenaan turut memberi penekanan kepada pembangunan modal insan melalui pelbagai inisiatif seperti Program Ziarah Kasih MADANI, Sukan Belia MADANI serta kelas literasi asas dan digital yang dikendalikan tenaga pengajar INTAN.
Menurutnya, program itu bertujuan melengkapkan belia dengan kemahiran teknologi bagi membantu golongan warga emas mengakses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian, di samping memupuk semangat kemasyarakatan melalui aktiviti gotong-royong.
"Kita turut melaksanakan program intervensi lain, antaranya menggerakkan pegawai turun padang bagi membantu penduduk mengisi permohonan bantuan, memberi nasihat berkaitan peluang pekerjaan dan latihan, serta memastikan data eKasih digunakan bagi tujuan penyaluran bantuan," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan telah memutuskan inisiatif KAM diteruskan pada tahun ini bagi memastikan tiada golongan masyarakat yang tercicir daripada menikmati kemudahan asas yang kondusif.
"Kita belum menentukan kampung yang akan dipilih untuk JPA, namun pelaksanaannya akan diteruskan dengan penuh komitmen," katanya.
Dalam pada itu, Wan Ahmad Dahlan turut menggesa penduduk setempat agar bertanggungjawab memelihara kemudahan yang disediakan serta mengelakkan sebarang perbuatan vandalisme.
"Saya amat berharap kesatuan penduduk Kampung Sembulan mengambil sikap prihatin terhadap kemudahan yang diberikan dengan memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#prasarana
#warga emas
#Kampung Angkat MADANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan