awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung baru Cina antara produk pelancongan menjelang TMM 2026

Bernama
Bernama
27/01/2025
06:45 MYT
Kampung baru Cina antara produk pelancongan menjelang TMM 2026
Khoo Poay Tiong (dua, kanan) merasmikan Majlis Hiasan Penyalaan Tanglung 'Xing Fu Jie' di Kampung Baru Machap Umboo pada 26 Jan. -Bernama
ALOR GAJAH: Kampung baru Cina akan dijadikan sebagai satu daripada produk pelancongan baharu negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), dengan pelbagai usaha sedang dilakukan termasuk menaik taraf infrastruktur di setiap kampung berkenaan.

Ringkasan AI
  • Kampung baru Cina akan dijadikan produk pelancongan baharu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), dengan usaha menaik taraf infrastruktur di setiap kampung.
  • Terdapat 613 kampung baru Cina di seluruh negara, masing-masing dengan keunikan sejarah, seni, dan budaya. Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk menaik taraf kemudahan asas dan sosial.
  • Inisiatif lain termasuk pertandingan menghias kampung baru Cina bersempena Tahun Baharu Cina untuk menarik pelancong dan meningkatkan ekonomi setempat.

Pengerusi Sekretariat Bahagian Kampung Baru Cina Malaysia Khoo Poay Tiong berkata terdapat sebanyak 613 kampung baru Cina di seluruh negara dengan setiap kampung mempunyai keunikan masing-masing dari segi sejarah, seni dan budaya.
"Memang sasaran kerajaan MADANI untuk menaik taraf infrastruktur di semua kampung baru yang ada dan mengindahkan kawasan itu ke arah menjadikannya sebagai antara destinasi pelancongan.
"Apabila sesebuah kampung baru Cina itu menjadi destinasi pelancongan, ekonomi masyarakat setempat dapat digerakkan sekali gus memberi peluang kepada mereka meningkatkan pendapatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini, selepas merasmikan Majlis Hiasan Penyalaan Tanglung "Xing Fu Jie" Machap Umboo bersempena dengan Tahun Baharu Cina.
Khoo yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata kerja-kerja menaik taraf kemudahan di setiap kampung baru itu dilakukan melalui peruntukan yang disediakan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pada tahun ini, katanya kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk menaik taraf kemudahan asas dan sosial bagi kegunaan komuniti kampung baharu di seluruh negara.
Beliau berkata antara inisiatif lain yang turut dianjurkan bagi menjadikan kampung baru Cina sebagai destinasi pelancongan ialah menerusi pertandingan menghias kampung baru Cina bersempena dengan Tahun Baharu Cina yang sedang berlangsung di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Baru Cina
#produk pelancongan baharu
#Tahun Melawat Malaysia 2026
#Khoo Poay Tiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan