IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan memanjangkan isu cadangan untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Beliau berkata, perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak polemik dan salah tafsir oleh pelbagai pihak.
Justeru menurutnya, lebih baik isu berkenaan tidak terus dipanjangkan dan fokus kepada agenda lain yang lebih memberi faedah kepada rakyat.
"Saya tahu, sekali saya komen, satu perkataan (sahaja), jadi lari tajuk.
"Cerita itu pun sudah tutup, tidak ada isu pun sebenarnya, jadi eloklah kita ‘move on’,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Rekreasi Woodland di Tambun Baru Tambun, di sini, petang ini.
Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Media sebelum ini melaporkan, Menteri KPKT itu mencadang untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.
Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak, khususnya UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.
Mereka menyifatkan cadangan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan dan mencetuskan polemik tidak perlu dalam kalangan rakyat.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Feb 13 2024
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) bercakap pada sidang media Perasmian Pencahayaan Taman Woodlands di Bandar Baru Tambun hari ini. - Foto BERNAMA
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu
Kor Ming berkata, perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak polemik dan salah tafsir oleh pelbagai pihak.
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
Juara Piala Asia: Jika diberi pilihan, anda pilih Qatar atau Jordan?
Sekiranya diberikan pilihan, pasukan manakah pilihan anda untuk menjulang Piala Asia 2023, Jordan atau Qatar?
Tiada keperluan wujudkan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO - Mohamad Hasan
Perkara itu bukan mudah untuk dilaksanakan dan ia perlu dibawa ke Jemaah Kabinet.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Calon Kampung Baru Cina tapak Unesco bukan 'zero-sum game' - Kor Ming
Nga Kor Ming berkata, ia bukanlah bermaksud pihaknya mengamalkan 'zero-sum game' atau memberi semua kelebihan kepada satu pihak sahaja.
Tidak wajar jadikan cadangan Kampung Baru Cina tapak Unesco isu perkauman - MB Selangor
Cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Unesco tidak wajar untuk dijadikan sebagai isu perkauman.
13 rumah di Kampung Baru Cina Benta musnah dalam kebakaran
Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.05 pagi dan bomba berjaya mengawal api kira-kira sejam 30 minit kemudian.
SPRM terima senarai nama bakal calon PRU untuk disaring
SPRM menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada PRU14, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.