awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB

Bernama
Bernama
05/05/2024
10:15 MYT
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), semalam.
HULU SELANGOR: Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60 tahun itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, dekat sini selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
"Kenderaan tersebut meletakkan gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan gambar Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) serta di belakang kenderaan terdapat bendera parti," katanya.
Beliau berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan kedua-dua suspek dengan seorang daripadanya memiliki rekod jenayah lampau, direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Ahmad Faizal berkata kertas siasatan kemudian akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan pandangan dan arahan selanjutnya.
Beliau turut menasihatkan parti politik supaya tidak memainkan isu sensitif membabitkan raja, bangsa dan agama (3R) kerana ia mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#polis sita kenderaan
#gambar Agong
#Polis Daerah Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan