awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Bentong, Kluang dilanda banjir kilat

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
12/05/2021
14:43 MYT
Kampung Bentong, Kluang dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih sejam menyebabkan sebahagian Kampung Bentong Kluang di sini dilanda banjir kilat. - Astro AWANI
KLUANG: Hujan lebat lebih sejam menyebabkan sebahagian Kampung Bentong Kluang di sini dilanda banjir kilat, selepas air dari Sungai Melantai yang berdekatan kampung terbabit melimpah.
Namun, penduduk Kampung Bentong, Raj Rosman Rajab, 42 berkata masalah itu sudah dua tahun dialami kira-kira 50 penduduk yang berdekatan dengan sungai.
Katanya ia dipercayai berpunca daripada perumahan rumah yang baru yang dibina di kawasan tersebut.
"Sekarang air sudah surut, bulan puasa ini kami kena banjir kilat dua kali iaitu pada puasa pertama dan hari ini (akhir Ramadan). Pernah juga kena seminggu dua kali.
"Ini memang kawasan banjir. Dua atau tiga hari hujan memang akan banjir. Cepat juga surut air banjir.
"Kami percaya ia berpunca akibat pembinaan taman baru berdekatan kawasan kampung. Kawasan itu dahulu ladang kelapa sawit yang menjadi tadahan air.
"Sekarang sudah ada perumahan, kemungkinan kapasiti tempat tadahan air yang ada tidak mencukupi dan menyebabkan air terus ke sungai ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Menyentuh mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri esok, Raj Rosman berkata ia dapat diselamatkan kerana kejadian banjir ini sudah dijangka.
"Macam kami yang sudah biasa, memang sudah bersedia, dah boleh jangka kalau air deras memang siap sedia naikkan barang.
"Masalah banjir kilat ini sudah berlarutan dua tahun. Kami tidak salahkan sesiapa tetapi mohon siasatan dan tindakan supaya banjir kilat ini tidak berlarutan. Kesian kami di sini," katanya.
Topic Berkaitan
#bajir kilat
#Kampung Bentong
#Kluang
#hari raya
#Hari Raya Aidilfitri
#Ramadan
#perumahan baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan