Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Yayasan Sungai Jarom, Jenjarom dekat sini pada 1 tengah hari tadi ditemui selamat.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata kanak-kanak itu dijumpai bersendirian oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan tepi sungai yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah keluarga mangsa pada pukul 5.30 petang tadi.
"Kanak-kanak itu diserah kepada polis dan telah dibawa ke Hospital Banting untuk pemeriksaan lanjut sebelum dikembalikan ke pangkuan keluarganya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Azizan turut menafikan kanak-kanak berkenaan dilarikan atau diculik oleh individu yang tidak dikenali seperti yang ditularkan di media sosial.
Menurutnya sebelum hilang, kanak-kanak itu dikatakan mengikuti nenek dan jirannya ke belakang rumah untuk membuang kayu.
"Selepas membuang kayu, neneknya menyedari cucunya itu telah tiada dan usaha mencari di sekitar kawasan perumahan itu gagal menemuinya," katanya sambil menambah ibu kanak-kanak itu sedang bekerja di sebuah klinik swasta berhampiran kawasan perumahan itu ketika kejadian berlaku.
Terdahulu telah tular satu salinan laporan polis kononnya kanak-kanak berkenaan telah dilarikan oleh seorang individu yang memakai jaket hitam dengan menaiki motosikal berwarna merah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2017
Azizan menafikan kanak-kanak berkenaan dilarikan atau diculik individu yang tidak dikenali seperti yang tular di media sosial. - Gambar hiasan
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api
Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam dan keseluruhan kerosakan melibatkan 60 peratus deretan kedai.
Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara
Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara
Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.
Pembantu tadbir kolej vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja
Siasatan mendapati suspek mengaku telah menikam dan mencekik mangsa sehingga mati akibat berdendam kerana sering disindir mangsa.
Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang
Kanak-kanak itu dijumpai bersendirian oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan tepi sungai yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah keluarga mangsa pada pukul 5.30 petang tadi.